7 Sebab Kenapa Anda Perlukan Supplement ?

 “Perlu ke ambil supplemen , hari-hari saya sihat je, tak sakit. Alhamdulillah.”

“Ambil supplement ke tak ambil supplement sama je.”

“Ambil supplement pun sakit juga.”

“Pergi hospital pun doktor bagi vitamin juga. Free lagi”

“Orang yang banyak penyakit je kena ambil supplement”

“Tak pandai la bab-bab nak ambil supplement ni”

 

Soalan-soalan ini biasanya ditanya bila disebut tentang kebaikan dan kepentingan supplemen.

Secara mudahnya, fungsi supplemen atau makanan tambahan adalah membekalkan nutrien berkualiti di samping diet yang seimbang.

Yang paling utama ialah memilik supplemen yang berkualiti dan diakui berkesan. Rujuk video di bawah 5 Tips Cara Pilih Supplement Terbaik

 

 

Bagi menjawab persoalan-persoalan di atas, saya sediakan artikel 7 Sebab Kenapa Anda Perlukan Supplement

 

7 Sebab Kenapa Anda Perlukan Supplement

7 Sebab Kenapa Anda Perlukan Supplement

 

1. Perlukan Dos Vitamin Yang Lebih Tinggi

1) Badan kita memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi daripada yang boleh diperolehi daripada makanan. Contohnya vitamin C dan E yang diperolehi daripada makanan sahaja tidak mencukupi untuk memberi kesan pencegahan dan penuaan. Di tambah pula dengan sikap kita yang jarang makan buah-buahan dan sayuran.

.

2. Buahan & Sayuran Tidak Subur

2) Buah-buahan dan sayuran yang ditanam di atas tanah yang tidak subur mengandungi bahan galian yang kurang berbanding dengan buah-buahan dan sayuran dari tanah yang subur. Malah, racun serangga perosak, baja kimia dan bahan pencemar mempengaruhi kualiti buah & sayuran tersebut.

.

3. Zat Makanan Hilang

3) Zat makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan (terutama bagi kes pengakutan yang tempoh lama seperti kapal), penyimpanan dan penyediaan. Vitamin C dan enzim mudah dimusnahkan oleh haba semasa memasak.

Antara cara yang boleh mengundang risiko ini ialah memasak sayur-sayuran / buah-buahan terlalu lama dengan haba yang tinggi.

.

4. Penyerapan Zat Makanan Terganggu

4) Pengambilan pil penahan sakit, ubat-ubatan ,alkohol dan antibiotik boleh menganggu penyerapan zat makanan. Amalan diet  yang tinggi kafein, lemak, gula dan garam dapat mengurangkan simpanan zat makanan dalam tubuh. 

.

5. Pengambilan Makanan Harian Tak Seimbang

5) Pengambilan makanan seharian yang tidak seimbang serta mengikut piramid makanan yang dicadangkan.

.

6. Gaya Hidup Tak Sihat & Berpenyakit

6) Gaya hidup masa kini dengan kehigupan yang sibuk, jarang memasak di rumah dan lebih gemar kepada makanan segera yang tinggi kandungan MSG. Bagi golongan yang menghadapi masalah kesihatan seperti pesakit yang menjalani pembedahan. Dalam tempoh tertentu, pesakit memerlukan makanan gantian sehingga mereka benar-benar sembuh dan organ berfungsi dengan baik.

.

7. Wanita Hamil

7) Wanita hamil sangat perlukan supplement. Terutama bagi kes ibu hamil yang kerap muntah dan tidak berselera untuk makan. Cara terbaik adalah mengambil supplement khusus di samping makan makanan secara sedikit tetapi dengan kerap.

Malah perkembangan janin memerlukan zat pemakanan 2 kali ganda. Bagi bayi dalam kandungan pula, pengambilan asid folik, zat besi dan Vitamin B dapat mencegah risiko kecacatan saraj tunjang pada bayi. Set Hamil Shaklee Supplement Lengkap Ibu Hamil

 

Kenapa perlukan supplement

Bahijah Marzuki

Your Shaklee Independent Distributor
SID1034684
 
Facebook: Nur Bahijah Marzuki
Emel: bahijahmarzuki@gmail.com
SMS/  Whatssap 014-8281356

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *