Aku Seorang yang Bertuah

Hari-hari saya ulang baca ayat ni

“Aku adalah seorang yang HEBAT, aku adalah MAGNET , aku adalah seorang yang BERTUAH”

Alhamdulillah..Alhamdulillah …Alhamdulillah

Dulu saya selalu minta “ya Allah ketemukan aku dengan orang yang baik-baik, supaya dapat sama-sama bantu aku ke arah lebih baik.”

Syukur ya Allah, melalui Shaklee Allah ketemukan saya dengan sahabat baru .
Memang bertuah sangat-sangat sebab diketemukan dengan susur galur ini…
Leader yang tak pernah jemu untuk memberi beri beri

Sebelum ni saya sering bersangka kalau orang kaya-kaya ni hidup sombong, kedekut, berlagak, xpandang la kita orang yang biasa ni. Mungkin pengalaman yang dilalui sendiri menyebabkan saya ada persepsi begitu kepada orang kaya…..ni time keladak-keladak huhuhu

Rupa-rupanya ada ramai je orang kaya @ jutawan bertakwa ,yang suka sangat bantu orang sebenarnya…hehehe..sekarang dah percaya…baca je..tak percaya tak pe…

“Kerana dalam Islam , harta yang baik adalah harta yang berada di tangan  hambaNYA yang bertakwa”.-Quote e-book kak ira “Suri Rumah 7 angka pilihanku”

Orang muslim bertakwa meletakkan harta ini sebagai amanah yang Allah bagi untuk dijaga.Kekayaan yang diberi tidak akan bertakung pada diri-sendiri.

Salah ke bercita-cita nak jadi kaya?? Tiada salahnya, kerana Allah bersifat Maha Kaya, secara fitrahnya kita menarik pada nak kaya.

Jadi..bercita-citalah untuk menjadi kaya…kerana orang kaya yang bersyukur adalah lebih baik daripada orang miskin yang bersabar.

Kerana orang miskin yang bersabar  hanya untuk dirinya tapi orang kaya yang bersyukur  boleh membantu lebih ramai orang…

Alhamdulillah..sungguh bertuah dipertemukan dengan leader hebat ni..

Saya pernah ‘dibakar’, dengan leader-leader ni
“Ijah tak nak ke bagi 4 angka dekat ibu ayah?”
“Ijah tak nak ke bagi 4-5 angka dekat jemaah?”

Terbakar x?? Sungguh saya sangat jeles dengan kakak-kakak ni…

Saya adalah insan  yang sangat bertuah…diketemukan dengan ‘rumah’  yang tepat & leader yang  hebat…Alhamdulillah

Pilih rumah yang betul ye…


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *