Bagaimana Kekal Sihat Menjadikan Anda Awet Muda.

Assalamualaikum pembaca blog pilihsihat.com semua. Untuk entry kali ni, Ija nak share mengenai Rahsia Awet Muda.

 

Pernah tak kita jumpa seseorang, yang pada pandangan mata kita dia nampak TUA sangat, padahal umurnya baru awal 30 an.

 

Pernah tak kita jumpa seseorang, yang pada pandangan mata kita nampak sangat MUDA, tapi bila ditanya umur. Rupa-rupanya umurnya dah mencecah 50-an. Dah ada cucu rupanya.

 

Cuba buat perbandingan secara randomly, contoh orang yang berumur 50 tahun , tak kan nampak sama pada setiap individu, setiap orang berbeza.

 

Contoh ; jika kita tengok pada orang yang sakit , cepat dapat penyakit seperti kencing manis, kolestrol tinggi, tekanan darah tinggi. Mereka akan nampak lebih tua daripada usia, berpunca daripada penyakit.

 

Macam mana boleh dapat PENYAKIT ? Disebabkan penjagaan sel yang tidak optimum.
Paling basic adalah penjagaan sel, supaya sel kita sihat supaya sel lambat tua. Maksudnya, untuk maintain muda dan melambatkan proses penuaan di peringkat sel.

 

– Contoh –> orang yang berlaku proses penuaan yang cepat , rambut cepat nipis gugur. Rambut yang lebat makin nipis , sebab sel daripada kulit kepala bahagian rambut kurang tenaga untuk lebat.

 

Bagaimana Sel Badan Kita Boleh Jadi Tua

Nak kekal awet muda , kita kena tahu dulu apa faktor yang menyebabkan awet muda itu hilang dan pergi.
4 Mekanisme Penuaan Sel Badan :

 

1) Jika SEL BADAN KITA CEPAT ROSAK , proses penuaan kita akan berlaku lebih cepat dan pantas.
– Sebab setiap hari berjuta-juta DNA pada sel kita ini akan musnah. Dan kemusnahan sel sangat rapat dengan proses penuaan dan penyakit berkaitan penuaan.
– penyakit paling rapat yang boleh dikaitkan adalah penyakit seperti kanser.
– research paper ada menunjukkan kerosakan DNA (DNA damage) ada kaitan dengan proses penuaan (Aging process).

 

2) Jika SEL BADAN KITA BANYAK AGE PROTEIN .

AGE protein adalah satu protein di mana bila badan kita ada access sugar ataupun kalau kita makan banyak karbohidrat yang kita tak gunakan, kita makan banyak tapi tak aktif , ada lebihan dalam badan , lebihan ini akan combine dengan protein yang DIPANGGIL AGE protein.

 

– Jika banyak sangat terjadinya AGE protein , ia akan masuk dalam sel badan, bila banyak sangat AGE protein, fungsi sel akan terjejas. Bila sel terjejas ia akan hilang tenaga akhirnya sel akan mati.

 

– Bayangkan jika banyak sel badan kita yang sepatutnya buat kerja tapi mati , maknanya penuaan akan berlaku dengan lebih cepat. Sebab tu orang muda sekarang dah ada penyakit merbahaya.

 

– Bila AGE ada banyak dalam badan ia aka bagi kesan kepada organ seperti otak -> penyakit ALZHEIMER

– Penyakit alzheimer takkan berlaku dalam sehari. Satu plaque yang dipanggil “amyloid plaque” yang akan duduk di sel otak kita.

 

Amyliod plaque kombinasi AGE protein di dalamnya. AGE protein yang akan menyokong lagi penghasilan plaque ini, supaya individu itu mempunyai simptom alzheimer lagi teruk dan progress lagi cepat.

 

– Contoh ; bila dah mula ada plaque , ia mula lupa-lupa pada benda yang 3 tahun lepas , sikit demi sedikit akan lupa seperti nama anak, nama sendiri , dan akhirnya tidak kenal sesiapa.

 

-Organ lain ; seperti buah pinggang , jantung, hati, otot.
– Bila AGE protein banyak terkumpul pada otot, otot cepat kejang dan tidak dapat aktif sangat. Buat aktiviti sikit dah rasa tegang. Antara faktornya adalah disebabkan pengumpulan AGE protein pada otot badan.

 

-Kita boleh dapat AGE protein melalui 3 CARA:

  • access sugar atau karbo dalam badan
  •  melalui makanan seperti sosej , nugget , fried chicken, makanan yan dimasak pada suhu tinggi akan ada AGE protein
  •  makanan yang ada presevatif dan simpan lama, frozen.

 

3) Bila kita berusia proses penuaan berlaku ,SEL BADAN KITA PUN AKAN KURANG TENAGA. Ini natural semulajadi , sel badan kita semakin lama semakin lemah.
– Ini kerana, semakin hari, bilangan mitonchondria kita makin berkurangan.
– Kenapa kaitkan mitichondria dengan tenaga? Mitochondria ni umpama bateri untuk sel anda.

 

-Perlukah sel badan ada mitochondria yang cukup? Sangat perlu. bila sel kita divide jadi sel baru , sel kita perlukan banyak tenaga, tanpa mitochondria tak dapat buat sel dividing.
-Bukan sahaja untuk divide sel m tapi untuk sel itu->tisu-> organ buat kerja

 

– Contoh untuk organ PANKREAS ; jika kita makan makanan ada gula, blood glucose akan naik , pankreas akan keluarkan hormon seperti insulin untuk menurunkan kadar gula dalam darah.
– Bayangkan pankreas anda, miochondria semakin kurang ,malah sel pun tiada tenaga untuk keluarkan hormon tersebut.
– Ia akan saling berkait, kecenderungan dapat penyakit semakin tinggi, di situ nak kaitkan tenaga pada sel itu sangat penting.
– Ia bukan bagi kesan pada 1 sel, tapi melibatkan keseluruhan tubuh badan kita.
– Bila effect organ, effect sistem , bila tidak bagus badan kita pun cepat lemah,cepat dapat penyakit, nampak cepat tua daripada usia.
4) TELOMERE MENJADI LEBIH PENDEK
-dalam nukleus -> ada kromosom -> bahagian hujung kromosom dipanggil telomere
-semakin hari, bila sel itu buat pembahagian, telomere secara semulajadi akan jadi makin pendek
-bila makin pendek dan pendek makin habis akhirnya sel mati, sel itu menjadi tidak berguna lagi.
– sebab itu ,kenapa jantung makin lama makin lemah , makin lama makin kurang pam , dan dah tak seperti macam orang muda lagi.
– telomere ni adalah protective cap dekat hujung kromosom, untuk melindungi DNA kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *