Cara Atasi Alahan Semasa Mengandung; Loya dan Muntah Awal Pagi

Cara Atasi Alahan Semasa Mengandung; Loya dan Muntah Awal Pagi

Alahan semasa mengandung? Satu pengalaman yang ‘menakjubkan’ buat ibu muda seperti Ija. Loya dan muntah awal pagi itu biasa bagi pertama kali mengandung. Kadangkala melarat sehingga ke malam.

cara atasi alahan semasa mengandung

cara atasi alahan semasa mengandung

Punca Berlaku Alahan Semasa Mengandung

Tajuk ini sebenarnya Ija takut nak berkongsi. Takut dan bercampur dengan segan. Sebabnya semasa mengandung anak pertama Ija alami alahan yang teruk. Terutama pada trimester pertama iaitu 1 – 3 bulan pertama.

Alhamdulillah, sekarang untuk anak kedua, masalah alahan semasa mengandung dah berkurangan. Sangat berbeza dengan anak pertama dulu. Mungkin disebabkan pengalaman pertama. Belum biasa lagi.

Mesti terdetik dalam hati kita, kenapa alahan berlaku? Apa punca yang menyebabkan alahan berlaku? Malah ia menjadi mimpi ngeri bagi sesetengah ibu. Lebih-lebih lagi bagi yang mengalami alahan sangat teruk sehingga ganggu tugasan harian di rumah mahupun di kerjaya

Sebenarnya punca sebenar yang menyebabkan berlakunya alahan masih belum diketahui. Banyak kajian ‘research’ yang kaitkan dengan perubahan hormon. Iaitu hormon human Chorionic Gonadotrophin (hCG) dan estrogen. Dan ada juga dikaitkan dengan hormone tiroid thyroxine. Namun itu belum disepakati oleh pakar perubatan.

Wanita yang hamil kandungan kembar dan mempunyai tahap hormon kehamilan yang tinggi, akan alami alahan yang lebih teruk. Alahan akan lebih teruk jika kita biasa alami mabuk perjalanan dan juga ketika kita dalam keadaan letih dan lapar.

Yang paling menarik, ada teori yang mengatakan peningkatan deria bau dan loya ialah satu kaedah perlindungan. Perlindungan bagi diri. Ia membuatkan anda mungkin berkemungkinan mendedahan diri kepada sesuatu yang tak selamat dmakan atau toksin berbahaya

Ada sesetengah doktor yang mengatakan alahan mabuk hamil adalah satu keadaan psikologi yang berkemungkinnan oleh stress atau perasaan negatif tentang kehamilan.

Anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor sekiranya mengalami muntah yang teruk dan tidak berupaya untuk mengambil makanan atau minuman yang mencukupi. Nutrien yang diperlukan oleh ibu dan kandungan.

.

Berapa Lama Alahan Berlaku?

Tempoh alahan semasa mengandung yang dialami adalah berbeza bagi setiap orang. Kebiasaannya bermula sekitar 6 minggu pertama kehamilan. Ia biasanya berlaku di awal pagi, sebab itu dinamakan Morning Sickness. Sebahagian besar wanita akan berhenti alami gejala ini sekitar 3 bulan kehamilan.

Tetapi ada juga ebahagian wanita yang alami masalah ini sepanjang kehamilan. Sudah tentu menjadi mimpi ngeri buatnya untuk mengandung anak seterusnya. Ini bermakna selama 9 bulan hadapi alahan. Loya dan muntah. Saya doakan siapa yang alami hal ini dapat bersabar dan hadapi dengan tenang.

Tambahan, jika anda mengalami demam, sakit kepala atau demam, atau jika anda merasa loya dan muntah-muntah buat pertama kali setelah mengandung 9 minggu, segera berjumpa dengan doktor. Simptom-simptom tersebut mungkin menunjukkan masalah lain dan bukannya mabuk hamil biasa.

.

Kesan Alahan Pada Kandungan?

Jangan risau, masalah alahan yang dialami tak akan beri kesan pada kandungan anda. Tapi anda mesti pastikan jangan skip makan dan minum ikut jadual. Contohnya breakfast, lunch, dinner. Walau teruk macam mana pun kena tetap makan. Amalkan diet seimbang. Supaya kandungan anda perolehi nutrient.

Jika tak mampu untuk makan seperti biasa, amalkan makan dengan sedikit tapi lebih kerap. Kaedah ini sangat penting supaya tenaga dan nutrien diperolehi secukupnya.

.

Cara Atasi Alahan Semasa Hamil

Sebenanya tiada cara yang tepat untuk ubati atau atasi masalah alahan semasa mengandung. Tapi ada beberapa kaedah yang boleh dilakukan untuk kurangkan alahan tersebut;

1. Kawalan Minda / Psikologi

Peranan minda / psikologi sangat penting. Bagi wanita mengandung, perlu elakkan dalam keadaan stress atau kerisauan yang melampau. Setiap hari perlu positif terutama di awal pagi. Saya cadangkan boleh buat to-do-list atau kata-kata motivasi di dinding rumah agar sentiasa bersemangat. Walaupun kaedah ini tak dapat atasi secara total, tapi boleh kurangkan alahan tersebut bagi sesetengah orang.

2. Ubah Diet

  • Makan dengan dengan kuantiti sedikit tapi dengan kerap. Jangan skip makan. Wajib makan walaupun tak berselera atau loya.
  • Apabila terasa mengidam sesuatu makanan (makanan yang mudah didapati), terus dapatkan makanan tersebut. Minta tolong En Hubby untuk belikan atau dapatkan.
  • Elakkan makanan berminyak, pedas atau bergoreng
  • Elakkan makanan yang boleh menyebabkan anda berasa loya
  • Mengambil halia (teh, halwa dan kapsul) terbukti boleh kurangkan rasa loya dan muntah semasa hamil

3. Sokongan keluarga dan rakan

Seeloknya bila anda hadapi masalah alahan yang teruk, berbincanglah dengan suami, keluarga atau rakan pejabat anda. Nyatakan masalah yang dialami dan kekangan yang dihadapi. Supaya orang lain faham situasi. Keadaan alahan yang dialami berbeza pada setiap orang.

.
Adakah Vitamin / Supplement Membantu?

Ye, Mengambil multivitamin yang mengandungi piridoksin (vitamin B-6) semasa hamil boleh membantu mengurangkan rasa loya dan muntah yang teruk. Vitamin dan supplement juga bantu dalam membekalkan nutrient yang diperlukan oleh ibu dan kandungan.

Vitamin dan supplement juga dapat menampung kekurangan nutrient yang diperlukan oleh ibu hamil dan kandungan. Nutrient yang diperlukan kebiasaannya lebih berbanding wanita tak hamil. Bila alahan, loya dan muntah, sudah tentu banyak kali skip makanan. So vitamin dan supplement sebagai ‘pengganti’ makanan. Tapi jangan tersilap faham. Makanan tetap kena makan juga.

Antara supplement yang dicadangkan dan telah mendapat feedback yang positif ialah Set Hamil Shaklee. Ia merangkumi ESP (Energizing Soy Protein), Vitalea, Vitamin C, B Complex, Ostematrix dan Omega. Untuk keterangan lanjut, saya jelaskan di bahagian bawah. Jom baca.

Apa Manfaat Setiap Vitamin & Supplemen Set Hamil Shaklee?

set hamil shaklee esp

ESP – Disediakan dari Soya Non-GMO membekalkan 9 asid amino penting untuk pembinaan dan memperbaharui sel-sel tisu , hormon dan enzim tubuh.

set hamil shaklee vitalea

VITALEA – Diformulakan dengan zat besi, mengandungi 28 vitamin dan minerals lengkap untuk kesihatan menyeluruh dan tumbesaran bayi. Zat besi sangat penting untuk pembinaan sel darah merah.

set hamil shaklee vitamin c

VITAMIN C – Menguatkan sistem Imun badan serta melindungi sel-sel tisu dalam badan dari penyakit. Ia juga penting untuk kesihatan gusi, gigi dan tulang.

set hamil shaklee b complex

B COMPLEX – Membekalkan 8 jenis Vitamin B termasuk aicd folik mengelakkan kecatatan Tiub Neural bayi.

set hamil shaklee ostematrix

OSTEMATRIX – Membekalkan 1000mg Kalsium harian untuk tulang dan gigi yang kuat serta mengelakkan komplikasi ibu ketika melahirkan.

set hamil shaklee omega

OMEGA – DHA dan EPA untuk otak dan mata perkembangan bayi . Juga untuk Jantung ibu.

Dapatkan Supplemen terbaik, lengkap, tiada bahaya, anda boleh hubungi saya

Nur Bahijah Marzuki
: Pengedar Sah Shaklee (SID 1034684)
: 014.8281.356 (call,sms,whatsapp,telegram)
: emel: bahijahmarzuki@gmail.com
http://pilihsihat.com/
: Facebook PilihSihat.Com 

Rujukan: MyHealth KKM dan BabyCenter

One thought on “Cara Atasi Alahan Semasa Mengandung; Loya dan Muntah Awal Pagi

  1. Pingback: Khasiat B Complex Shaklee Kelebihan Untuk Ibu Hamil & Semua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *