Cara Menghilangkan Bisul dengan Cepat dan Selamat

Cara Menghilangkan Bisul dengan Cepat dan Selamat

Ada hari tu, anak Shaklee Ija namanya Nab (Nabeela), tanya apa suplemen untuk orang yang kena bisul. Katanya nak tahu cara menghilangkan bisul dengan cepat dan selamat, Mula-mula bila dengar bisul, Ija bayangkan bisul yang kecil macam saiz jerawat.

Tiba-tiba anak Shaklee Ija hantar gambar, subhanallah besar sangat, sebesar tapak tangan dekat belakang kepala. Atas sikit pada leher. Bisul ni bukan Nab yang kena tapi seorang Pak Cik dekat kampung Nab yang kena.

Kesian sangat dekat Pak Cik ni, terpaksa ulang-alik pergi klinik untuk cuci luka bisul yang besar tu. Meraung-raung dalam kereta time dibawa ke klinik, tak tahan sakit sangat. Luka makin besar, berdenyut-denyut sampai tak boleh tidur.

Pada asalnya Pak Cik tak pergi klinik, 2 minggu makin melarat, Pergi hospital kena tahan masuk wad. Akhirnya doktor terpaksa buat operation. Yang satu bisul ni sebesar 3 jari, selepas keluar bilik bedah, doktor check lagi, rupa-rupanya bisul ada lagi. Terpaksa dibawa masuk ke bilik bedah kali ke 2 untuk dibedah sekali lagi.

Menakutkan betul bisul ni, ingat kan sakit biasa-biasa je, tapi tak sangka ia akan merebak dan tumbuh yang baru kalau tak dirawat.

.

Apa itu bisul?

Bisul adalah sejenis jangkitan kulit dan ia berlaku apabila bakteria menyerang kulit melalui folikel rambut. Kemudian ia akan tumbuh dan membiak di akar atau folikel rambut. Bisul yang timbul ini akan kelihatan kemerah-merahan, bengkak dan bernanah. Cecair bisul pula adalah campuran darah dan nanah.

Bisul ini dikaitkan dengan sejenis bacteria Staphylococcus Aereus. Bisul ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja terutamanya;

  1. orang yang kurang menjaga kebersihan
  2. orang yang sistem imun badan yang lemah
  3. orang yang tinggal di kawasan yang sesak
  4. orang yang alergik dan alah terhadap ubat-ubatan
  5. orang yang kekurangan nutrisi
  6. pesakit diabetis pun berisiko terkena bisul
  7. orang yang suka memakai pakaian ketat hingga sehingga menyebabkan kulit melecet dan
  8. orang yang mmpunyai masalah kulit

Bisul ni boleh tumbuh di bahagian leher, muka, ketiak, punggung atau paha. Ini kerana kawasan ini antara kawasan yang kerap berpeluh dan terlindung. Dalam masa 24 jam bisul menjadi makin besar dan ketulan bernanah akan muncul. Dan ia akan menjadi lebih sakit dalam masa seminggu.

.

Tanda-tanda terkena bisul:

  1. timbul bengkak atau benjolan warna merah pada permukaan kulit
  2. ada nanah berupa bintik putih pada permukaan benjolan merah
  3. rasa menyakitkan dan ngilu bila tersentuh permukaan kulit berwarna merah
  4. timbul rasa gatal pada bahagian kulit yang terkena bisul

Bisul akan hilang selepas beberapa hari, kebanyakannya mengambil masa selama dua minggu untuk benar-benar sembuh,’’

Menurut Dr. Abd. Hamid Mat Sain, Pakar Perunding Bedah Am dan Laparoskopik, Columbia Asia Medical Centre, Seremban, Negeri Sembilan, “bisul boleh timbul di mana-mana bahagian tubuh tetapi kerap muncul di muka, leher, ketiak, punggung atau paha – kawasan tubuh yang mempunyai rambut dan kerap berpeluh serta bergesel. Kadangkala, bisul boleh terjadi di dalam kelompok yang dikenali sebagai karbunkel.”

.

Faktor-Faktor Risiko Dijangkiti Bisul

Walaupun sesiapa sahaja termasuk mereka yang kelihatan sihat boleh dijangkiti bisul atau karbunkel. Faktor-faktor berikut boleh meningkatkan risiko anda. Maksudnya faktor-faktor di bawah ni mendorong anda terkena bisul;

  • Jika anda mempunyai kesihatan yang lemah, ia bertambah sukar untuk sistem imun anda melawan jangkitan.
  • Diabetes menyukarkan tubuh melawan jangkitan. Malah, bisul yang sering timbul semula kadangkala menunjukkan tanda-tanda diabetes, lebih-lebih lagi di kalangan mereka yang berusia lebih 40 tahun.
  • Pakaian yang ketat atau melecetkan. Iritasi yang timbul daripada pakaian yang ketat akan menyebabkan kulit pecah dan bakteria lebih senang memasuki tubuh.
  • Keadaan kulit yang lain. Disebabkan ia merosakkan lapisan kulit anda, masalah kulit seperti akne dan dermatitis menjadikan anda lebih senang dijangkiti bisul dan karbunkel.
  • Ubat-ubatan sistem imun yang tertekan. Penggunaan jangka panjang kortikosteroid seperti prednisone atau ubat-ubat lain yang akan menekan sistem imun anda yang boleh meningkatkan risiko terkena jangkitan bisul atau karbunkel ini.

cara menghilangkan bisul dengan cepat guna garam

Petua dan Cara Menghilangkan Bisul dengan Cepat dan Berkesan? 

Ok, saya kongsikan Petua dan Cara Menghilangkan Bisul dengan Cepat dan Berkesan. Ada beberapa panduan anda boleh gunakan iaitu:

  1. Bubuh satu sudu teh garam ke satu suku gelen air mendidih dan sejukkannya pada suhu bilik.
  2. Tuam kain yang direndam ke dalam air suam bergaram tersebut ke kawasan dijangkiti lebih kurang 30 minit, setiap beberapa jam. Ini akan membantu memecahkan bisul dan mengalirkan nanah keluar lebih cepat.
  3. Basuh perlahan-lahan bisul anda dua kali sehari.
  4. Sapukan antibiotik yang boleh didapati di sekitarnya
  5. Elakkan memicit atau memecahkan bisul kerana ini boleh merebakkan jangkitan.
  6. Basuh tangan anda dengan bersih selepas merawat bisul.
  7. Basuh pakaian, tuala atau apa-apa kain yang terkena kawasan yang dijangkiti. 

 

Ada Ke Cara Menghilangkan Bisul dengan Cepat menurut kaedah Perubatan Islam?

Ada yang bertanya saya, ada ke cara menghilangkann bisul dengan cepat atau nak kecilkan bisul ikut kaedah Perubatan Islam? Ye ada. Sebab al-Quran itu adalah penawar. Ada sesetengah ayat al-Quran digunakan untuk merawat penyakit, termasuk bisul. Antara ayat yang sesuai digunakan ialah;

al-hasyr-lau-anzalna
Ayat 21 – 24 Surah Al-Hasyr dikenali sebagai Doa Pemecah
bismillah7-2
Bismillah 7 dikenali sebagai ayat untuk elak kena racun
cara-menghilang-bisul-dengan-cepat-kaedah-islam
Ayat Pengecil, pada ruangan (…) diniatkan untuk merawat penyakit apa. Contohnya Bisul

.

Bagaimana Vitamin dan Suplemen Shaklee Dapat Bantu Menghilang dan Mencegah Bisul?

Vitamin dan Suplemen ni sebenarnya bukan ubat, ia merupakan salah satu usaha untuk kita mencegah daripada terkena bisul. Mencegah lebih baik daripada mengubati. Sebelum terkena bisul, lebih baik kita buat sesuatu untuk mencegahnya.

cara menghilangkan bisul dengan cepat guna garlic

Garlic

Antibiotik semulajadi . Terkenal sebagai antiseptic dan antifungal. Bukan sahaja untuk bisul tapi ia boleh meningkatkan imuniti tubuh dan menyekat pembentukan kulat, yis candida dan virus lain. 

Korang tahu tahu tak? 1 tablet garlic Shaklee menyamai 2 ulas bawang putih segar berkualiti” Kalau nak tunggu makan bawang putih segar-segar memang tak la. Tak boleh telan.

cara menghilangkan bisul dengan cepat guna nutriferon shaklee

Nutriferon

Penggalak imun semulajadi . Ia membantu meningkatan sistem imunisasi (bisul juga berpunca daripada kelemahan system imun badan) . Nutriferon juga bole membantu mengurangkan keradangan dan kesakitan bisul.

Nutriferon ni dalam bentuk serbuk yang boleh dikemam makan terus macam tu sahaja atau diminum dengan dicampurkan dalam minuman. Sangat sesuai untuk kanak-kanak dan orang dewasa terutamanya yang tak boleh telan tablet.

cara menghilangkan bisul dengan cepat guna carotomax shaklee

Carotomax

Juga dikenali sebagai Vitamin A. Ia dapat mebantu mengurangkan tanda-tanda bisul. Vitamin A penting untuk mengekalkan badan, saluran kencing, mata, salura usus dan saluran pernafasan yang sihat.

Membantu meredakan penyakit kulit, apabila lapisan kulit kuat bacteria dan virus tidak dapat masuk ke dalam badan badan dengan mudah sekaligus membantu mencegah da merawat bisul.

Vitamin A juga merupakan antioksidan yang penting dalam merangsang penegeluran sel-sel darah putih yang dikenali sebagai limfosit, yang berperanan menghalang jangkitan.

cara menghilangkan bisul dengan cepat guna vitamin c shaklee

Vitamin C

Vitamin antioksidan yang akan membantu yang akan membantu meningkatkan imuisasi tubuh.

Vitamin C akan membantu tubuh menghalang jangkitan seperti bisul dengan lebih berkesan. Vitamin C juga mengahalang bisul terjadi lagi kerana ia meningkatkan antibody badan.

cara menghilangkan bisul dengan cepat guna vitamin e shaklee

Vitamin E

Vitamin antioksidan yang berkuasa yang diperlukan untuk merawat bisul. Ia akan membantu meningkatkan imunisasi tubuh di mana vitamin E berkesan melawan jangkitan seperti bisul.

Vitamin E juga berperanan sebagai anti keradangan yang akan membantu mengurangkan kesakitan dan keradangan bisul.

cara menghilangkan bisul dengan cepat guna herbal blend shaklee

Herbal Blend Cream

Herbal blend cream ni untu disapu , untuk kegunaan luar. Ia boleh disapukan pada bisul agar bisul cepat matang.

Herbal blend cream ini juga untuk kulit kering, tumit kasar pecah, kulit gatal-gatal, terkena gigitan serangga, merawat luka-luka, melecur dan banyak lagi. Yang pasti ia selamat digunakan untuk kanak-kanak.

 

Adakah Produk Shaklee Bahaya? Klik Link Ini Untuk Informasi

 

Dapatkan Vitamin dan Supplemen yang selamat serta berkesan, hubungi Pengedar Sah Shaklee anda

Nur Bahijah Marzuki
: Pengedar Sah Shaklee (SID 1034684)
: 014.8281.356 (call,sms,whatsapp,telegram)
: emel: bahijahmarzuki@gmail.com
: www.pilihsihat.com
: Facebook PilihSihat.Com 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *