7 Cara Tebus Mata Ganjaran Drypers Dan Dapat Hadiah Percuma

Rupanya dah lama beli pampers (baca: Drypers) untuk anak-anak. Lebih kurang hampir 3 tahun. Tapi baru je setahun, tahu ada kaedah boleh dapat hadiah percuma dengan cara tebus mata ganjaran Drypers.

Walaupun tak banyak dapat. Tapi paling kurang dapat jimatkan duit. Sebab hadiah tersebut ada berupa mainan dan ada juga Drypers. So dapat jimat duit untuk beli Drypers baru.

Syaratnya, plastik drypers yang dibeli jangan dibuang! Kalau nak buang juga, boleh bagi kat saya. hehe.

 

7 Cara Tebus Mata Ganjaran Drypers Dan Dapat Hadiah Percuma

#1 – Masuk Ke Web Drypers dan Daftar Drypers Baby Club

7 Cara Tebus Mata Ganjaran Drypers
Masuk ke laman web Drypers dan cari Drypers Baby Club Login ( di ruangan atas). Pilih untuk daftar ‘sign up’. Jika rasa leceh sangat nak masuk dan cari button tu.

Bagi emel anda kepada saya. Saya minta Drypers hantar link direct ke Drypers Baby Club. Mudah. Klik sini untuk bagi emel anda

.

#2 – Log In Drypers Baby Club

Bila dah daftar kelab Drypers. Boleh terus log masuk Drypers Log In

.

#3 – Register Code Drypers

Selepas dah berjaya log in. Terus rujuk bahagian Register Code Drypers ‘Register a new code to earn points’. Tekan dan masukkan kod Drypers yang diambil dari plastik Drypers yang dibeli.

 

#4 – Cari Kod Di Plastik Drypers. Kena Hati-Hati

Sebenarnya dah terlajak sikit. Dah siap Log In, nak isi kod tak dapat. Sebab kod ada di plastik Drypers di bahagian dalam.

Awas! Kadang-kadang tulisan kod tu kurang jelas. Ada juga kes tak perasan ada nombor kod sampai terbuang plastik Drypers. So tengok betul-betul, biasanya ada betul-betul di belakang barcode, tapi ada juga berada di bahagian lain.

Nak cam, ia kombinasi huruf dan nombor.

 

#5 – Isi Kod Drypers

Rujuk semula step Ketiga. Dah siap log in masukkan kod tersebut. Di ruangan tersebut juga ada My Point History untuk tengok jumlah kod yang dah terkumpul. My Order History untuk tengok barang yang dah ditebus.

 

#6 – Masa Untuk Shopping

Lepas dah siap semua. Masa untuk shopping!. Tapi pastikan nilai kod tu dah banyak ye. Cari Point Shop Drypers. dan pilih barang untuk ditebus yang bersesuaian dengan nilai point yang ada.

Kalau belum cukup. Kumpul sampai cukup dulu, baru sedap order. Dah siap pilih. Tekan la add to chart dan isi maklumat seterusnya.

 

#7 – Beli Untuk Jimat

Beli Drypers, kumpul point dan tebus. Jimat duit saku anda.

 

Nak Dapatkan Link Direct Daftar Drypers Baby Club? Klik Di Sini

 

Penafian: Saya bukan ejen Drypers. Beli Drypers pun atas sebab baby selesa pakai Drypers. Dan kebetulan tahu boleh dapat hadiah percuma dengan Cara Tebus Mata Ganjaran Drypers.

Setakat ini baby saya selesa dengan Drypers. Pernah juga try pek yang lain lagi murah, tapi memang ketara. Malah sampai timbul ruam. Kalau baby ada ruam di celahan kelangkang biasanya saya sapukan dengan Herbal Blend Shaklee.

Satu lagi, drypers suka sangat bagi trial pack. Hanya request secara online di web Drypers.

 

Sila SHARE untuk manfaat semua.

 

Pengedar Shaklee Anda – Bahijah 014-8281356

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *