Kenapa Pesakit Kencing Manis Kerap Lapar dan Dahaga

Situasi ini sangat-sangat menggerunkan. Terutama bagi pesakit Kencing Manis atau Diabetes yang memang tak tahan dengan lapar dan dahaga.

Walaupun baru sahaja makan dan minum. Pesakit Kencing Manis akan tetap rasa lapar dan dahaga. Mudah kata suka mengunyah makanan atau pantang nampak makanan.

Bukan soal sedap atau tak sedap. Tapi situasi yang memang luar jangka berlaku. Sama juga dengan dahaga. Terutama air sejuk atau ais. Seolah macam ketagih.

Kita sebagai ahli keluarga atau kenalan sudah tentu sangat risau tentang kesihatan pesakit Kencing Manis. Jadi persoalan Kenapa Pesakit Kencing Manis Kerap Lapar dan Dahaga berlegar di kepala. Runsing memikirkan tahap kesihatan mereka.

Artikel ini ditulis sebagai perkongsian ilmu dan pengalaman. Sejarah keluarga saya memang ada penyakit Kencing Manis dan insyaallah saya akan terus berjuang untuk menjaga pemakanan dan kesihatan agar tidak menghidap penyakit tersebut (dengan izin Allah).

Semoga artikel ringkas ini bermanfaat untuk anda dan kenalan anda

.

Kenapa Pesakit Kencing Manis Kerap Lapar dan Dahaga

Sebenarnya ada 3 simptom utama penyakit Kencing Manis / Diabetes, iaitu

  1. Kerap lapar (Polyphagia)
  2. Kerap dahaga (Polydipsia)
  3. Kerap buang air kecil (Polyuria)

Sebenarnya ada banyak lagi simptom. Cuma kali ini saya ingin berkongsi 2 simptom sahaja iaitu kerap lapar dan dahaga. Kerap buang air kecil pun ada kaitan dengan 2 simptom ini.

.

Kenapa Pesakit Kencing Manis Kerap Lapar?

Situasi ini digelar sebagai Polyphagia (juga dikenali sebagai Hyperphagia) iaitu di mana pesakit Kencing Manis akan mengalami perasaan sangat lapar atau kerap lapar. Walaupun baru sahaja menjamah makanan.

Faktor-faktor Berlakunya Polyphagia

  • Diabetes Mellitus / Kencing Manis
  • Hypoglycemia (kandungan Glukosa dalam darah yang rendah)
  • Hyperglycemia (kandungan Glukosa dalam darah yang tinggi)
  • Stress
  • Terlampau kurus
  • dan sebagainya 

Kerap Lapar dan Hyperglycemia

Apakah yang dimaksudkan dengan Hyperglycemia? Hyperglycemia bermaksud keadaan diabetes yang luar kawalan iaitu kandungan glukosa dalam darah yang tinggi secara tidak normal.

Ia terjadi apabila Glucosa dari dalam darah tidak dapat memasuki sell disebabkan oleh Kekurangan Insulin, atau Kerintangan Insulin ‘Insulin Resistance’

Akibatnya, badan tidak dapat menukar (convert) makanan yang dimakan kepada tenaga. Kekurangan tenaga itu akan menyebabkan pesakit Kencing Manis mengalami kerap lapar.

Antara cara terbaik untuk menurunkan kandungan glukosa dalam darah ialah dengan bersenam. Bersenam akan merangsang penghasilan insulin dan mengurangkan kandungan glukosa dalam darah.

Bersenama juga adalah salah satu daripada 5 Cara Mengawal dan Mencegah Komplikasi Kencing Manis.

.

Kenapa Pesakit Kencing Manis Kerap Dahaga?

Dalam istilah perubatan kerap dahaga disebut sebagai Polydipsia iaitu situasi yang terlampau dahaga atau mulut sentiasa kering.

Banyak faktor yang menyumbang kepada keadaan ini, contohnya;

  • Selepas bersenam
  • Makan makanan bergaram dan pedas
  • Muntah
  • Cirit-birit
  • dan sebagainya

Seperti yang dinyatakan di bahagian permulaan artikel, keadaan kerap dahaga adalah antara punca awal berlakunya Kencing Manis. 

Kita akan rasa pelik bila melihat gelagat pesakit Kencing Manis yang amat dahaga sehinggakan ada sesetengah keadaan mereka sorok air sejuk untuk diminum waktu awal pagi atau malam. Takut dimarahi oleh nurse atau ahli keluarga.

Jika ada ahli keluarga anda yang mengalami situasi begini, jangan marah pada mereka. Ini bukan kehendak mereka tapi perkara yang luar kawalan mereka. Tapi boleh ‘dirawat’ dengan memberi nasihat dengan penuh hikmah.

Kerap Dahaga. Ini Puncanya

 

Bagi kes ini, tidak kira berapa banyak air diminum, tapi badan masih dalam keadaan dehidrasi ‘kekurangan air’. Tisu (seperti otot), sebenarnya dehidrasi jika terlalu banyak glukosa gula dalam darah.

Badan menarik cecair dari tisu untuk cuba mencairkan darah dan mengatasi glukosa yang tinggi. Kesannya tisu akan mengalami dehidrasi dan memberi isyarat untuk minum lebih banyak. Ini juga dikaitkan dengan peningkatan membuang air kecil (iaitu buang air kecil lebih 5 liter sehari).

Sirap Ajaib Bantu Pesakit Kencing Manis

 

Persoalan tentang Kenapa Pesakit Kencing Manis Kerap Lapar dan Dahaga mungkin telah terjawab. Sekiranya ada soalan boleh kemukakan dan berbincang dengan saya.

Jika artikel ini membantu anda. Jangan lupa share kepada kenalan atau keluarga. Mungkin dapat juga membantu mereka. 

Semoga perkongsian ilmu ni menjadi saham pahala untuk Ija sama-sama membantu pesakit kencing manis / diabetes di luar sana. Untuk dapatkan khidmat nasihat dan bimbingan produk Shaklee Hubungi Saya

 Nur Bahijah Marzuki

: Pengedar Sah Shaklee (SID 1034684)
: 014.8281.356 (call,sms,whatsapp,telegram)
: emel: bahijahmarzuki@gmail.com
: Facebook PilihSihat.Com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *