KUASA SEBUAH IMPIAN

Assalamualaikum…

Semalam adik-adik   junior praktikal datang tidur rumah…kira diorang ni tetamu la… tiba-tiba diorang pandang  apa yang saya tampal-tampal di dinding…Pies Dream Board, Perjalanan Saya Dalam Shaklee…Pendek kata memang penuh la dinding bilik saya..

Bila check balik…dah ada beberapa benda yang saya dah dapat & capai. Alhamdulillah

Bila dah mula tegur tu, bermulala sesi motivasi & sentalan saya untk diorang….hahaha..tula tegur sangat kan dah kena…

“Mai , Mirah, senaraikan apa yang nti nak…nak kereta besar mana??nak kerja mana?? Nak sambung belajar  setinggi mana tulis & senaraikan.”

Mai: “Kak, saya pun tak tahu saya nak capai apa sebenarnya.”

Aku: “Bila tak de target JELAS , tak nampak depan mata, tu yang kita terumbang-ambing. Tak dapat nak focus apa”

Meh nak ajar buat PIES DREAM BOARD

Apa maksud PIES??

Apa itu PIES?
P – Physical (Contoh nak beli rumah, kereta)
I – Intellectual (Nak amek PHD, nak gi platinum course DAO)
E – Emotional (Nak kawen, nak jadi ibu yang penyayang)
S – Spiritual (Nak gi umrah, haji, infaq, zakat)

Bila dah siap buat, TAMPAL…jangan duk perap jadi pekasam dalam file plak. Tampal, tengok hari-hari , sebut hari-hari, pejam mata Visualize kita dah capai target tu…

Kejayaan , kekayaan, rezeki…Ini  kerja Allah

Kerja kita usaha, ikthtiar, buat kerja, usaha sehabis mungkin …Hasilnya kerja Allah…buang jauh-jauh rasa T***T tak dapat.

Nak takut apa?? Allah ada…Di sebalik impian kita tu ada Allah.

Lagi ramai orang gelakkan, lagi ramai orang kutuk, lagi ramai orang kata…Akak yakin sangat, semakin akak dekat & cepat dengan KEJAYAAN tu…tu maknanya impian kita cukup besar

Kalau orang tengok PIES DREAM kita tak hairan, tak cukup besar la tu impian kita.. hehe.
Allah wujudkan impian supaya kita kenal siapa Tuhan. Yakinlah. Haqqul yakin

Jangan takut untuk bermimpi, keluarkan & zahirkan impian tu biar diri kita nampak. 

Minda bawah sedar kita akan  bekerja menuju ke arah impian tu.. Biar itu jadi DOA untuk kita! Biar ia tukarkan kepada TINDAKAN
p/s: tak percaya tak pe, buat aje

Sungguh..semua benda-benda ni saya banyak belajar dalam secret group Shaklee….tindakan saya daftar jadi Ahli Shaklee tak pernah rugi, dah la dapat harga ahli, then dijemput masuk ke secret group yang super duper supportive group.

Ini pies dream board saya. Sahabat pembaca yang soleh & solehah..  AMINKAN YE

Ya Allah, KAU mudahkan jalan BAHIJAH capai impiannya ini.
Bahijah; Khadijah version alaf baru in the making 🙂 AMIN

2 thoughts on “KUASA SEBUAH IMPIAN

  1. QalamWardah Zinnirah says:

    Assalamu'alaikum w.b.t…Terima kasih utk perkongsian kak Bahijah. I got my point. Terima kasih untuk ilmu yang baru Farah timba dari blog akak ini. InsyaALLAH farah akan copy paste apa yang akak dah buat. Harap kak Bahijah bagi yer. Farah doakan moga semua impian akak terlaksana & kak Bahijah bahagia dunia akhirat bersama kehidupan akan datang. May ALLAH bless you. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *