7 Manfaat Omega Guard Shaklee Khasiat Minyak Ikan Untuk Kesihatan

7 Manfaat Omega Guard Shaklee Khasiat Minyak Ikan Untuk Kesihatan

Ramai yang bertanya saya tentang Omega Guard Shaklee iaitu Minyak Ikan Omega 3. Biasa soalan tentang khasiat Omega Guard Shaklee untuk kesihatan. Harga Omega Guard Shaklee saya nyatakan di bahagian bawah.

Di bawah ini saya nyatakan 7 Manfaat Omega Guard Shaklee iaitu Khasiat Minyak Ikan Untuk Kesihatan. Iaitu;

  1. Menyokong Kesihatan Jantung
  2. Menyokong Fungsi Otak Yang Sihat
  3. Menyokong Fleksibilit Sendi
  4. Nutrisi penting untuk ibu hamil dan ibu menyusu
  5. Menyokong Kesihatan Kulit
  6. Meningkatkan kesihatan imun
  7. Meningkatkan Kesihatan Sperma

 

1. Menyokong Kesihatan Jantung 

Keradangan (inflamation) pada badan boleh merosakkan salur darah dan menyebabkan penyakit jantung dan strok.

Contohnya, sekiranya kita tengok anak yang terkena Ekzema. Bahagian luar akan nampak seperti ruam, tetapi bahagian dalam adalah membengkak.

Dan keradangan ni boleh juga berlaku pada jantung dan organ badan yang lain. Sudah tentu ia amat bahaya. Akibatnya, organ gagal berfungsi dengan baik.

Keradangan ini juga boleh mengakibatkan salur darah rosak. Kesannya ia mengakibatkan penyakit jantung dan strok. 

Cara Memilih Minyak Ikan Yang Berkualiti

Dalam banyak kajian yang dijalankan, ada penemuan yang membuktikan EPA (Eicosapentaenoic Acid) dan DHA (Docosahexaenoic Acid) dalam Omega 3 membantu dalam mengurangkan risiko terkena penyakit jantung. Iaitu dengan cara melancarkan peredaran darah, kekalkan rentak jantung.

Omega 3 membantu mengatur tekanan darah yang baik. Sebab apa? Sebab tekanan darah tinggi boleh memberi tekanan pada salur darah. Kesannya membebankan jantung untuk bekerja lebih kuat. Jadi Omega 3 berperanan untuk membantu.

Omega 3 membantu meningkatkan ‘kolestrol baik’ (HDL) dan mengurangkan paras ‘kolestrol jahat’ (LDL) dan triglisride. 

 

2. Menyokong Fungsi Otak Yang Sihat

Tau tak? 60% dari otak kita terdiri daripada lemak.
Untuk otak, DHA dan EPA ni bantu menggalakkan signal saraf otak saling berhubung untuk mengoptimumkan keupayaan otak.

  • Omega 3 membaiki fungsi kognitif dan perasaan.
  • Omega 3 Meningkatkan memori atau ingatan dalam pembelajaran dan memanjangkan daya fokus.
  • Omega 3 juga beri kesan kepada mood, iaitu bantu mengurangkan stress iaitu (mood yang baik).
  • Omega 3 melambatkan kemerosotan mental yang berkaitan dengan penuaan. Iaitu membantu dalam atasi masalah yang berkaitan dengan kekurangan fungsi otak seperti alzheimer (lupa).

Untuk ibu hamil pula, Omega 3 membantu dalam perkembangan otak dan mata bayi dalam kandungan. Baca Nutrisi Penting Bagi Ibu Hamil

 

3. Menyokong Fleksibiliti Sendi

Bila sebut bab kesihatan sendi ni, teringat mak di kampung.

Bila pergi surau masjid kesian tengok pak cik makcik yang solat duduk atas kerusi. Tak dapat nak sujud disebabkan sakit di bahagian sendi. Satu nikmat yang sangat berharga.

Omega 3 membantu dalam menghalang daripada berlakunya keradangan.

Dan ia membantu dalam pengurangan penghasilan enzim yang boleh mengakibatkan sakit pada sendi. Maksudnya , orang yang alami masalah arthiritis sangat memerlukan Omega 3.

Omega 3 membantu dalam menstabilkan mineral pada tulang dan membantu dalam lancarkan pergerakan sendi, mengurangkan rasa sakit dan bengkak pada sendi .

Pendek kata ia sebagai pelincir semula jadi bagi menyenangkan pergerakan.

Di samping itu, Omega 3 juga bantu mengurangkan kekakuan dan meningkatkan fleksibiliti sendi.

 

4. Nutrisi Penting untuk Ibu Hamil Menyusu

Omega 3 ni sebenarnya sangat diperlukan sepanjang kehamilan.

Pengambilan Omega 3 sepanjang kehamilan amat penting untuk perkembangan otak dan mata bayi.

Kajian terbaru menunjukkan pengambilan omega 3 semasa bulan- bulan terakhir kehamilan meningkatkan perkembangan sensori, kognitif dan motor bayi.

  • Omega-3 membantu mengurangkan risiko kelahiran pra-matang
  • Omega-3 membantu mengurangkan risiko preclamsia (tekanan darah tinggi ketika hamil)
  • Omega-3 membantu mengurangkan risiko bayi mendapat alergi/ ekzema selepas kelahiran.
  • Omega-3 membantu menguatkan imunisasi bayi.

set hamil shaklee

Untuk ibu menyusu/ berpantang selepas bersalin, pengambilan omega-3 sangat membantu dalam perkembangan otak dan mata anak. Andai anda tak konsisten ambil Omega ketika hamil, boleh konsisten ambil sepanjang proses penyusuan bayi. Bonus , ibu dapat slim down selepas beranak.

Ibu menyusu dan berpantang juga dapat mengurangkan risiko meroyan selepas melahirkan anak.

 

5. Menyokong Kesihatan Kulit

Omega-3 membantu mengurangkan kekeringan kulit serta membantu mengurangkan keradangan yang boleh menyebabkan jerawat.

 

6. Meningkatkan Fungsi Imun

Omega-3 mebantu meningkatkan fungsi Sel B, iaitu sel imunisasi badan.

 

7. Meningkatkan Kesihatan Sperma

Ia Memainkan peranan penting dalam badan sebagai komponen fosfolipid yang membentuk struktur membran sel termasuk sel sperma.

Banyakkan manfaat Omega 3 ni dalam meningkatkan kesihatan kita secara meyeluruh.

Rugi bagi yang ambil mudah akan pengambilan Omega-3.

Kalau luaran kita nak cantik macam umur 20-30an. Apa salahnya kalau kesihatan badan dan minda (otak) kita pun cantik macam 20-30an kan.

Hadiahkan pada diri-sendiri, suami, ibu ayah, mertua dan orang tersayang. Anda bertuah, sekarang ada promosi Omega Guard. Rujuk bahagian paling bawah berkenaan promosi 2017

Bagi yang terlepas membaca 3 Cara Memilih Minyak Ikan Berkualiti, boleh klik di link ini 

 


 

Cara Makan Omega Guard Shaklee

Ikut aturan yang biasa, disyorkan mengambil 3 biji kapsul selepas makan. Tak kisah pagi ke malam. Tapi jika anda ada masalah serius boleh terus consult dengan saya.

Saya akan syorkan berdasarkan masalah yang dihadapi. Boleh Whatsapp/Call 014-8281 356 atau emel ke bahijahmarzuki@gmail.com

 



Harga Omega Guard Shaklee 2017

Harga Omega Guard Shaklee 2017 yang terbaru ialah RM 144.43 (termasuk GST). 
Buat apa bayar lebih jika boleh dapat dengan harga lebih murah. Lihat promosi di bawah

Senarai Harga Produk Shaklee 2017 boleh dilihat di link ini

 



Promosi Merdeka Omega Guard Shaklee

Promosi Merdeka Omega Guard akan berakhir kurang seminggu lagi.
Iaitu sebelum jam 12.00 malam 31 Ogos 2017

Ada orang tanya Ija, “Buat apa beli omega ni banyak-banyak, perlu sangat ke Omega Guard ni? 5 botol banyak sangat tu”

 

Omega Guard ni pendek kata supplemen yang paling asas dan essential. Sebab seisi keluarga boleh amalkan dan diperlukan.

 

Jom dapatkan 5 botol Omega Guard bulan ni,
Anda layak untuk mendapatkan E-voucher bernilai RM60!

Promosi Omega Guard Shaklee 2017

E-voucher ni anda boleh guna semula untuk pembelian seterusnya.

Setiap harga barang RM100, anda boleh guna RM20 E-voucher.

Pembelian barang RM300 boleh guna semua RM60 E-voucher.

E-voucher ni sah laku sehingga 15 September 2017 nanti. Maksudnya bulan depan masih boleh guna.

 

 Nur Bahijah Marzuki

: Pengedar Sah Shaklee (SID 1034684)
: 014.8281.356 (call,sms,whatsapp,telegram)
: emel: bahijahmarzuki@gmail.com
: Facebook PilihSihat.Com 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *