6 Tips Minum Air Gula Ketika Mengandung Supaya Tak Termuntah

“Pn Ina, jangan lupa esok datang ke klinik untuk minum air gula ye” pesan Nurse Siti

Kalau tak minum tak boleh ke nurse?

“Kena minum Puan. Prosedur ni memang wajib Puan”

Aduii…

 

Antara mimpi ngeri semasa hamil ialah DATANG KE KLINIK UNTUK MINUM AIR GULA.

Yang paling tragis sampai termuntah

Siapa yang tak termuntah tu dianggap sebagai WonderWoman

 

Time pregnantkan Faiq dan Ashwaq, 2 benda yang Ija paling tak suka time check up bulanan iaitu ambil sampel darah dan minum air gula.

Ambil darah tu tak pela, ambil kata-kata lawak kawan Ija, “Bukan nurse ambil habis semua darah pun, sebotol je. Itu pun sebotol kecil. Apa la nak takut sangat”

Ok, selesai bab ambil darah. Time nurse cucuk tu senyum dan positif je. Sikit je.
Next, minum air gula plak. Bukan sekali 2 kali tau. Naik kembang tekak. ERRRRk.

Alhamdulillah, time pregnant Faiq dan Ashwaq, kedua-dua nya ok. Pegang pesanan ibu.

Ibu kata “Nak minum air gula tu, sekali teguk je. Tahan nafas. Kalau dah berhenti seteguk, kemudian minum lagi seteguk, memang lambat la nak habis”


Ni Ija share tips 6 Tips Minum Air Gula Ketika Mengandung Supaya Tak Termuntah. Kalau nurse tahu kita muntah time minum air gula, bersediala kena buat ulangan minum air gula.

 

6 Tips Minum Air Gula Ketika Mengandung Supaya Tak Termuntah

 Tips Minum Air Gula Ketika Mengandung

1) First, kena kosongkan perut sebelum minum air gula. Waktu sesuai yang sesuai untuk kosongkan perut ialah bermula jam 10 malam. Sebelum jam 10 malam, makan apa yang nak dimakan.

2) Untuk lebih mudah minum air gula, minum semasa dahaga dan lapar. Sebab itulah kena mula puasa jam 10 malam.

3) Tarik nafas dan minum sekali teguk je. Jangan minum perlahan-lahan iaitu seteguk demi seteguk kerana ini buat kita rasa lebih loya.

4) Minum sambil tahan nafas supaya tidak berbau.

5) Minum semasa air gula masih dalam keadaan suam. Pada ketika itu air gula masih tidak terlalu likat.

6) Kumur mulut selepas minum. Sejurus selepas minum air gula, segera berkumur. Ini bagi menghilangkan rasa air gula. Rasa air gula itu biasanya buat lebih loya. Boleh juga standby dengan air kosong untuk hilangkan rasa air gula di tekak

 

Dekat klinik kesihatan (KK) yang kerajaan ni, air gula memang pure punya. Ada kawan Ija share kalau pergi minum air gula di klinik swasta, ada perasa sikit, macam perisa oren.

 

Fungsinya Air Gula

Ujian Air Gula atau Modified Glucose Tolerance Test (MGTT) bertujuan untuk memastikan ibu hamil tidak menghidap masalah kencing manis ketika hamil atau Gestational Diabetis Mellitus (GDM).

Walaupun ujian amat ‘dibenci’ oleh sebahagian besar ibu hamil. Tetapi ujian ini amat penting bagi mengelak daripada keadaan yang lebih buruk berlaku.

Kerana, jika ibu hamil menghidap penyakit Kencing Manis dan tidak dikesan (tanpa jalani ujian air gula) dan dirawat, beberapa implikasi akan berlaku, iaitu

 

Kesan Diabetes Buat Ibu dan Bayi Dalam Kandungan Jika Tak Dirawat

Info ini dijelaskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia

Kesan kepada ibu:

  • hyper/hypoglycaemia (kandungan glukos berlebihan atau berkurangan dalam darah)
  • jangkitan kuman di vagina
  • keguguran
  • polihydramnios (air mentuban berlebihan)
  • preeklampsia (hipertensi teruk)
  • komplikasi diabetes seperti retinopati dan kegagalan buah pinggang berfungsi
  • Tambahan boleh rujuk artikel: Komplikasi Penyakit Kencing Manis

Kesan kepada bayi

  • berat bayi melebihi 4kg
  • mati dalam kandungan (IUD)
  • hypoglycaemia (kurang glukos dalam darah)
  • lemas semasa lahir
  • kecederaan pada saraf di bahagian bahu

Bagi yang nak tahu lebih lanjut tentang Bahaya Penyakit Kencing Manis dan Cara Atasinya boleh klik link Hidup Sihat Bebas Kencing Manis (ebook) 

 

 Nur Bahijah Marzuki

: Pengedar Sah Shaklee (SID 1034684)
: 014.8281.356 (call,sms,whatsapp,telegram)
: emel: bahijahmarzuki@gmail.com
: Facebook PilihSihat.Com 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *