4 Nutrien Penting Untuk Kulit Cantik dan Berseri Dari Dalam

Excited tau dengan promosi bulan ni, Ija ni jenis suka sangat tengok wajah orang yang cantik semulajadi.
Maksudnya tanpa pakai heavy mekap , atau muka tegang macam palsu je kan.

 

Bila tengok , dalam hati tertanya- tanya juga.
“tak sakit ke main cucuk-cucuk ni”

 

Beautiful is pain, tapi ada cara untuk yang lebih selamat sebenarnya.

 

Bulan ni, bulan September, Shaklee come out dengan Rahsia Kulit Berseri yang akhirnya dah ditemui.

 

Pernah tak tertanya-tanya
“wah, cantik licinnya kulit dia, pakai apa ek, macam mana nak dapat kulit yang berseri juga?”

 

Diorang ni bila kita tengok, bagi kita aura positif, sihat dan wow gitu .

 

Mesti tertanya-tanya ” apa la dia makan dan pakai ni, sampai kulit jadi cantik dan menawan macam ni”

 

Terlopong mulut bila tengok, flawless sangat.

 

Jom meh Ija share,

4 Nutrien Penting Untuk Kulit Cantik dan Berseri Dari Dalam

 

STEP 1

Protein untuk MEMBINA kulit yang sihat

 

Sebenarnya badan kita ni dihasilkan daripada protein. Untuk dapatkan kulit yang cantik berseri pengambilan protein yang cukup sangat-sangat la penting.

 

Kerana apa?

 

Kerana protein ni membekalkan asid amino yang penting yang tidak dapat dihasilkan oleh badan kita.

 

Kalau tak cukup protein, macam mana fungsi kulit kita nak bertindak kepada yang lebih optimum.

 

Dengan protein, sel-sel kulit jadi sihat. Siapa yang support kulit jadi sihat? PROTEIN la.

 

Sel kulit kita hari-hari mati tau, dari mana nak ganti semula ?
Melalui protein la 🙂

 

PROTEIN ni sama-sama terlibat dalam pulih serta baiki sel dan tisu kulit.

 

Bila protein cukup, hormon yang sihat dihasilkan dan enzim yang penting untuk kulit.

 

Dengan protein yang cukup juga, menyokong pengeluaran asid amino glutation yang membantu lindung sel-sel kulit kita ni, daripada rosak akibat cahaya matahari.

 

STEP 2

Tingkatkan KEANJALAN dengan kolagen.

 

Kolagen ni struktur yang penting dalam kulit kita.

 

Tekan kulit pipi, toink toink macam kulit baby lagi tak?

 

Kalau dah tak toink toink, tak anjal la tu.

 

Kolagen yang mengekalkan keanjalan kulit kita dalam masa sama menghalang daripada berkedut , berparut dan jadi kendur (read: tak toink toink lagi).

 

Good news!
Badan kita boleh hasilkan sendiri kolagen ni.

 

Bad News!
Bila usia kita makin meningkat, jumlah kolagen yang dihasilkan oleh badan pun makin berkurang.

 

Sebab tu kulit kita terdedah kepada risiko berkedut dan kendur.

 

Jadi, say NO and Good Bye pada tanda-tanda penuaan. Jom mula ambil kolagen dari sekarang untuk dapat kulit lebih anjal, kurangkan kedutan dan parut.

 

STEP 3

PERLINDUNGAN antioksida dengan Vitamin C

 

Vitamin C ni bertindak sebagai antioksida yang galakkan untuk kulit jadi sihat. Dalm masa sama, ia neutralkan kerosakan pada kulit disebabkan oleh radikal bebas.

 

Korang tahu tak?
Yang badan kita ni tak boleh hasilkan vitamin c.

 

Nak dapatkan vitamin C, kita kena outsource dari luar.

 

Dengan pengambilan vitamin C:
-kurangkan kedut dan legakan kulit yang kering dan kasar.
-menggalakkan kolagen dihasilkan dan regenerate kulit kita
-bantu dalam penyembuhan luka
-protect kulit kita daripada radikal bebas.

 

STEP 4

Kekalkan KELEMBAPAN kulit dengan GLA

 

Untuk dapatkan kulit yang sihat, ia bergantung pada jumlaj asid lemak yang ada pada bahagian kulit , asid gamma-linolenic (GLA).

 

Asid lemak ni la yang berperanan penting untuk kekalkan kulit dalam keadaan lembap.

 

Dalam masa sama, kurangkan gatal dan kulit bersisik dan melawan keradangan.

 

Untuk info TAMBAHAN

 

Lindungi kulit kita daripada sinaran UV dengan meningkatkan pengambilan karotenoid harian.

 

Karotenoid ni bermanfaat dalam melindungi sel-sel kulit yang sihat.

Sel-sel kulit kita ni jadi rosak bila terdedah dengan sinaran matahari.

Karotenoid ni la sebagai “pelindung uv dari dalam”.

“Habis tu , kena ambil apa?”

Boleh ambil omega-6 (GLA) dengan melengkapinya dengan vitamin C.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *