Penting Ke Baby Harness Tali Keselamatan Bayi Anda?

Baby Harness Tali Keselamatan Untuk Bayi

Sekarang timbul persepsi tentang baby harness (tali keselamatan untuk bayi) yang seakan perbuatan kejam ibu bapa memperlakukan bayi seperti haiwan (kucing atau anjing).

Walaupun ia hanya persepsi tapi sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada ibu bapa yang lain untuk memastikan anak mereka selamat terutama ketika berjalan atau melancong.

baby harness malaysia

Kenapa Perlu Baby Harness Sedangkan Kita Boleh Jaga?

Ramai yang bertanya, perlu ke pakaikan tali keselamatan kepada bayi? Boleh je pegang tangan anak kita sambil berjalan

Karakter Anak: Setiap anak adalah berbeza dari sudut sikap dan keaktifan. Mungkin bagi anak yang kurang ‘aktif’ tak mengapa jika tiada baby harness. Cukup pegang tangan sambil berjalan. Atau bagi nasihat minta duduk diam-diam sahaja.

Tapi bagaimana pula dengan anak yang aktif dan hyperaktif atau yang suka explore persekitaran. Agak mencabar kan. Terpulang pada penilaian ibubapa terhadap anak mereka.

Lokasi: Ke mana kita mahu pergi atau sesuai ke pakaikan harness di tempat tersebut. Jika ada alternatif lain, silakan. Seperti stroller, basikal kecil dan sebagainya. Jika anda mahu bawa anak ke Ekspo yang melibatkan ribuan orang adakah selamat jika anda hanya pegang tangan bayi anda. Jika anda larat mendukung, teruskan sahaja.

Ketika saya dan suami bercadang untuk membawa anak pertama kami (Wan Faiq Ramadhan) ke Mekah. Perkara utama yang difikirkan adalah keselamatannya. Kami faham karakter anak kami. Memang suka explore dan sangat ‘mesra alam’. Suasana di Mekah terutama ketika tawaf atau semasa solat agak mencabar. 

Jadi kami belikan baby harness. Harness yang pertama dibeli di IOI Mall, murah. Tapi kurang selesa apabila dipakai. Kemudian suami belikan di lazada. Lebih selesa ketika dipakaikan kepadanya. Akhirnya kami buat keputusan, Faiq tak dibawa bersama ke Mekah untuk umrah. Tinggalkan kepada ibu di Terengganu. Faktor keselamatan dan juga kekangan tenaga. Saya sedang pregnant dan mak mertua kurang sihat. 

Beberapa Jenis Baby Harnes Malaysia 

Ada beberapa jenis baby harness yang dijual di Malaysia. Boleh rujuk di kedai atau online. Terpulang kepada keperluan dan kesesuaian bayi anda.

  • Pertama, Leash Baby Harness: Jenis seperti ini yang dikatakan banyak timbul persepsi kerana seperti diperlakukan seperti haiwan peliharaan. Namun ia hanya persepsi sahaja. Keselamatan bayi adalah lebih penting untuk difikirkan keselamatannya. Jenis ini yang pertama saya belikan untuk Faiq di IOI Mall.
leash baby harness
Contoh leash yang tali satu tak bersambung
leash baby harness
Contoh leash yang tali bersambung

 

  • Kedua, Backpack Baby Harness: Jenis ini menarik dan boleh membuang persepsi buruk itu. Nampak stylo dan lebih selesa. Jenis ini saya belikan kali kedua untuk Faiq di Lazada.
backpack harness
Ada banyak pilihan corak dan rekabentuk.
  • Ketiga, Walker Baby Harness: Jenis ini lebih kepada untuk membantu bayi berjalan. Khususnya bagi yang belum mahir berjalan lagi

walking harness

Keselamatan dan Kesihatan Adalah Keutamaan

Biar apa pun persepsi yang diterima. Kita sebagai ibubapa harus berani dan tabah hadapinya. Sebab hanya kita sahaja tahu keperluan bagi kita dan anak kita. Yang penting niat ikhlas dan betul.

Di samping baby harness atau tali keselamatan bayi, perkara yang lain perlu diambil perhatian ialah supplemen dan vitamin bagi anak anda. Dengan faktor cuaca yang tak menentu, penyakit yang banyak tersebar dan persekitaran yang kurang bersih, anak anda mungkin terkena jangkitan kuman sekiranya tiada perlindungan.

Sekurang-kurang bekalkan dengan Vitamin C sebagai perlindungan untuk mereka

Vitamin C Boleh Dikunyah Untuk Imun Kanak-kanak

chewable vitamin c plus

Vitamin C ini mempunyai kelainan kerana ia boleh dikunyah. Memang khas untuk kanak-kanak. Apa khasiat Vitamin C buat kanak-kanak?

  • Sesuai untuk kanak-kanak atau orang dewasa yang mengalami kesukaran menelan tablet. Hanya dikunyah sahaja
  • Rasa sitrus yang hebat. Tentu anak-anak anda suka. Malah ada yang akan minta lebih =)
  • Menyokong sistem pertahanan antioksidan semulajadi dalam tubuh. Sangat penting
  • Bantu memelihara sel badan
  • Menjaga kesihatan gigi, gusi, tulang, otot, mata dan salur darah 

Ini sangat penting terutama ketika hendak melancong. Sebagai persiapan kesihatan bagi anak-anak.

.

Untuk dapatkan khidmat nasihat dan bimbingan produk Shaklee Hubungi Saya

Nanti dulu. Nikmati Diskaun 20% dengan DAFTAR AHLI SHAKLEE!

Nur Bahijah Marzuki
: Pengedar Sah Shaklee (SID 1034684)
: 014.8281.356 (call,sms,whatsapp,telegram)
: emel: masterbahijah@gmail.com
http://pilihsihat.com/
: Facebook PilihSihat.Com 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *