Tips Ketika Berpuasa Supaya Anda Kekal Bertenaga

Tips Ketika Berpuasa

 

Assalamualaikum semua. Tinggal tak sampai seminggu dah nak puasa kan. Tak sabar rasanya nak masuk Ramadhan.
 
Ija kagum dengan kawan Ija  yang ibu-ibu bekerjaya ni. Time bulan puasa pun kerja kena jalan macam biasa.
 
Ada yang kena pergi site check project
Ada yang mengajar di sekolah dari pagi sampai tengahari.
Ada yang kena hadap jammed jalan dalam keadaan cuaca panas.
Ada yang kerjanya perlu berdiri lama. 
 
Kalian cukup cekal dan kental. Ija sangat kagum sangat.
 
Sampai rumah selesaikan kerja di rumah plak, basuh baju, lipat baju, kemas rumah, masak  makanan berbuka kalau nak senaraikan memang  tak senarai sebenarnya kerja di rumah ni.
 
Kadang-kadang badan jadi letih mempengaruhi emosi kita sebagai ibu yang kena hadapi kerenah anak-anak. Secara tak sengaja termarah tertinggi suara dekat anak.
 
Ija faham, ija pun alami sama juga walaupun sekarang hanya bekerja dan bisnes dari rumah. Setiap orang ada cabaran yang tersendiri untuk dihadapi
 
Bila umur makin meningkat kekuatan badan makin menurun, badan dah tak energetic macam dulu, makan pun ikut sempat je. Nak masuk mulut anak nangis la, anak pooopooo la.
 
Sungguh, pengalaman ni sungguh indah yang pasti kita akan rindu balik bila anak dah besar nanti.
 
Sini ija nak share tip ketika berpuasa. Semoga ia bermanfaat untuk kawan-kawan Ija.
.

Tips Ketika Berpuasa

Semasa berpuasa…seboleh-bolehnya kita nak sentiasa cergas, sihat, bertenaga walau perut sedang kosong dan tekak sedang dahaga kan.
 
Sebab kita nak lakukan aktiviti macam biasa dan ditambah lagi dengan amalan-amalan kerohanian yang berlipat kali ganda kualiti dan kuantitinya kan.
 
Jadi ini saya kongsikan tips ketika berpuasa.
.
==
1. Tak alami masalah haus/dehidrasi keterlaluan
==
Kita perlu Buat perancangan banyak mana air kosong kita nak kena minum setiap sesi.
 
Kita perlu minum 8 gelas air sehari tau.
 
Contoh perancangan yang kita boleh buat adalah minum semasa  Sahur 3 gelas.
 
Selepas berbuka minum 2 gelas lagi.
 
Selepas terawih minum 2 gelas lagi.
 
Sebelum tidur minum 1 gelas air.
 
Selepas bangun tidur minum lagi segelas air sebelum bersahur tu.
 
Kita digalakkan minum minuman mengandungi elektrolit. Tujuannya adalah untuk Kawal cecair dalam badan kita supaya tidak terlalu dahaga semasa berpuasa sehingga memudaratkan.

==
2. Ambil makanan yang tinggi nutrisi. 
==
Yang di dalamnya mengandungi serat, vitamin & mineral

==
3. Ambil protin yang cukup. 
==
Bagi tenaga, bantu perkembangan sel dengan sihat, menstabilkan hormon, pertumbuhan Rambut dan kuku yang baik. Protin ini perlulah Rendah glisemik indeks.

Ini supaya kita tidak terlalu cepat lapar. Dan akhirnya pedih perut yang sangat kuat bagi yang alami gastrik.

==
4. Jangan tinggal sahur. Sahur ni Umpama sarapan pagi tau. 
==

==
5. Amik multivitamin yg mengandungi mineral. 
==
Biasa berpuasa, kita banyak pilih apa yang kita nak makan kan. Tak semuanya miliki zat yang lengkap untuk badan. Jadi multivitamin ini bantu untuk lengkapkan nutrisi kita yang kurang tu.

==
6. Elakkan minuman yg tinggi dengan kafein. 
==
Ini kerana minuman berkafein menyebabkan kita Cepat rasa haus di siang hari tau.
 
Wahhh!! 6 tips ini sangat berguna bagi kita yang semua sedang menuju ke bulan Ramadhan.
 
Dan sekarang pon ramai yang sedang ganti puasa kan
Jadi tips ini sangat penting buat semua😀

tips ketika berpuasa
6 Tips Diet Hebat Ketika Puasa


Info ringkas untuk produk Shaklee yang mungkin dapat membantu anda:

 
Perfomance Drink
Untuk elakkan dehidrasi keterlaluan dan teruk , Performance Drink adalah pilihan terbaik. Membekalkan elektrolit dalam badan.
 
 
 
Mealshakes
Untuk topup  dengan makanan yang tinggi nutrisi, serat, vitamin dan mineral. Mealshake adalah pilihannya.
 
ESP
Untuk memastikan kita dapatkan protein yang cukup dan tidak mudah rasa cepat lapar , ESP. Protein soya yang indeks glisemik rendah boleh membantu sebab ESP LONG LASTING ENERGY.
 
Vitalea
Mencari  suplemen multivitamin untuk melengkapkan nutrisi kita sepanjang sehari berpuasa. Vitalea lah jawapannya.
 

Jika anda mempunyai masalah kesihatan
Dapatkan khidmat rundingan kesihatan

Isi maklumat dalam online form ini. Klik https://goo.gl/u87B15 

 
Semoga info ini bermanfaat untuk sesiapa yang memerlukannya
 
Feel free to share
 
#LatTeam
Nur Bahijah Marzuki
: Pengedar Sah Shaklee (SID 1034684)
: 014.8281.356 (call,sms,whatsapp,telegram)
: emel: bahijahmarzuki@gmail.com
http://pilihsihat.com/
: Facebook PilihSihat.Com 

One thought on “Tips Ketika Berpuasa Supaya Anda Kekal Bertenaga

  1. Pingback: Kebaikan Set Puasa Shaklee, Anda Bertenaga Sepanjang Puasa - pilih sihat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *