7 Tips Latih Anak Berpuasa Dengan Bertenaga dan Bersemangat

Tips Latih Anak Berpuasa Dengan Bertenaga dan Bersemangat

Setiap ibubapa sudah tentu mahukan yang terbaik buat anak mereka. Sudah tentu, sejak kecil perlu dilatih, dididik dan dijaga dengan baik. Agar bila meningkat usia, mudah untuk memahami.

Segala macam petua, tips, kaedah, cara akan dipraktikkan, agar anak-anak menjadi insan yang baik.

Sebagai perkongsian dengan para ibubapa, saya sertakan 7 Tips Latih Anak Berpuasa Dengan Bertenaga dan Bersemangat sebagai panduan ibubapa dalam melatih anak untuk berpuasa dengan bertenaga dan bersemangat.

 

Hadis Galakan Berpuasa : Para Sahabat Didik Anak Berpuasa

“Dari Ar Rubayyi’ binti Mu’awwidz, ia berkata, “Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah mengutus seseorang ke salah satu suku Anshar di pagi hari Asyura.” Beliau bersabda, “Siapa yang di pagi hari dalam keadaan tidak berpuasa, hendaklah dia berpuasa. Siapa yang di pagi harinya berpuasa, hendaklah berpuasa.” Ar Rubayyi’ mengatakan, “Kami berpuasa setelah itu. Lalu anak-anak kami pun turut berpuasa. Kami sengaja membuatkan mereka mainan dari bulu/sutera. Jika salah seorang dari mereka menangis, merengek-rengek minta makan, kami memberi mainan padanya. Akhirnya pun mereka bisa turut berpuasa hingga waktu berbuka.” (Sohih Bukhari)

Hadis di atas mempunyai banyak pengajaran yang boleh diambil. Di sini saya hanya akan keluarkan 2 pengajaran utama dari hadis ini;

  • Kanak-kanak hendaklah dilatih & diajar berpuasa sejak kecil. Sebahagian ulama berpandangan: Latihan atau didikan berpuasa adalah sama dengan latihan atau didikan untuk solat. Iaitu bermula sejak kecil sebelum akil baligh
  • Antara teknik untuk alih perhatian anak-anak (daripada lapar) adalah dengan menyediakan permainan atau aktiviti yang boleh mengasyikkan, ringan dan menyeronokkan 

 

4 Cabaran Anak-anak Berpuasa Yang Ibubapa Perlu Tahu

tips latih anak berpuasa3 (1)

Sekurang-kurangnya ada 4 cabaran bagi anak yang berpuasa yang seringkali ibubapa hadapi dan akan hadapi setiap kali puasa.

  1. Cepat Lapar: Makan dan minum adalah ‘sahabat baik’ bagi anak-anak. Malah orang dewasa pun sama. Menjadi perkara normal apabila anak-anak mengadu lapar dan dahaga walaupun baru 2 jam berpuasa. Ibubapa perlu pastikan anak bangun untuk bersahur dan makan makanan yang mengeyangkan
  2. Tidak Bersemangat: Mudah terpedaya dengan kawan-kawan atau iklan di media. Penerapan fadhilat atau kelebihan puasa perlu divariasikan dalam pelbagai bentuk penyampaian agar anak-anak bersemangat untuk berpuasa. Dalam bentuk storytelling, tayangan video dan sebagainya
  3. Terlalu Penat. Terutama berlaku semasa tempoh persekolahan atau ketika anak terlalu penat bermain. Kawal masa tidur dan rehat anak-anak. Tidur awal selepas isyak atau amalkan tidur seketika sebelum zuhur.
  4. Tak Berselera Ketika Sahur: Sudah menjadi lumrah bangun sahur adalah perkara yang paling berat. Bangun dalam keadaan mengantuk akan menyebabkan anak-anak tak berselera untuk makan. Di sini peranan ibubapa untuk menyediakan makanan yang berkhasiat, menyelerakan dan bertenaga supaya anak-anak kekal bertenaga dan bersemangat sepanjang puasa.

 

7 Tips Latih Anak Berpuasa Dengan Bertenaga dan Bersemangat

Tips Latih Anak Berpuasa Dengan Bertenaga dan Bersemangat

#1 Bagi Kefahaman Tentang Puasa

Yang paling utama, ibubapa perlu memberi kefahaman tentang puasa. Kelebihan dan ganjaran kepada orang yang berpuasa. Sampaikan dalam bentuk cerita supaya anak-anak lebih tertarik.

Jika anak-anak mengadu penat dan lapar. Kaitkan dengan kisah para sahabat dan nabi. Agar anak-anak termotivasi.

 

#2 Rehat Secukupnya

Selepas Isyak atau Tarawih adalah masa untuk tidur. Dan beberapa minit sebelum atau selepas Zuhur untuk tidur sekejap. Rehat yang cukup, memberi tenaga kepada anak-anak.

Jangan biarkan anak-anak tidur lewat terutama hari persekolahan. Penat yang melampau akan menyebabkan anak-anak tak tahan lapar.

 

#3 Aktiviti Yang Menyeronokkan

Bila anak-anak merungut lapar. Ibubapa boleh reka permainan atau aktiviti yang menyeronokkan dan mengasyikkan. Supaya rasa lapar anak-anak ditukarkan kepada perasaan seronok.

Kaedah ini juga boleh dirujuk pada hadis yang dinyatakan pada permulaan artikel ini.

 

#4 Latih Puasa Secara Berperingkat

Puasa agak berat bagi kanak-kanak. Sebab makan dan minum menjadi godaan buat mereka. Cara yang terbaik adalah dengan melatih secara berperingkat. Tapi sekiranya anak anda sangat bersemangat, teruskan.

Sekiranya berkelapangan, ibubapa digalakkan untuk membuat jadual selama sebulan.Jika ada ramai anak, ia menjadi satu persaingan sihat.

 

#5 Libatkan Anak Dengan Penyediaan Berbuka Puasa

Anak-anak tentu suka apabila ibubapa hargai mereka. Anak-anak sangat happy dan dihargai jika mereka diajak sekali bantu untuk sediakan makanan berbuka puasa.

Libatkan mereka ketika menyediakan juadah berbuka puasa akan meningkatkan semangat mereka untuk berbakti (pahala bantu orang berbuka puasa)

 

#6 Ganjaran Kepada Anak-Anak

Jangan salah faham, ganjaran ada banyak jenis, bukan hanya wang. Ganjaran berbentuk wang tak digalakkan (bagi pendapat saya).

Ganjaran yang paling sesuai ialah masak makanan kegemaran mereka ketika bersahur dan berbuka puasa.
Sekali sekala beli makanan di bazar Ramadan seperti kuih, air soya, kebab dan sebagainya.

 

#7 Makanan Lazat & Bertenaga

Bekalkan anak-anak dengan makanan yang lazat, berkhasiat, bertenaga dan menyelerakan. Makanan tersebut membantu anak-anak kekal bertenaga sepanjang puasa. Makanan tambahan seperti vitamin juga sangat membantu.

 

3 Jenis Makanan Tambahan Untuk Bersahur & Berbuka Puasa Yang Menyelerakan & Bertenaga

#1 Vita-Lea For Children

vitalea for children shaklee untuk puasa

Multivitamin Kanak-Kanak Yang Lazat & Berkhasiat 

Dirumus oleh pakar dan melalui kajian saintifik lebih 100 tahun. Setiap hidangan membekalkan 100% nilai 8 Vitamin B, C, D dan E yang diperlukan sehari.

Membekalkan 18 Vitamin dan Mineral 

Penting untuk pertumbuhan dan perkembangan normal kanak-kanak.

Rumusan Tidak Merosakkan Gigi

Dirumus dengan pemanis asli Xylitol yang tidak menyebabkan kaviti. Tiada pengawet, perisa dan pemanis tiruan.

Perisa Anggur Yang Enak 

Sedap dikunyah, digemari oleh kanak-kanak. Bebas Gluten

Cadangan Pengambilan (umur 4 – 12 tahun)
1 tablet ketika sahur
1 tablet ketika berbuka

 

#2 Meal Shakes

meal shakes shaklee untuk puasa

Sumber Yang Baik Bagi Serat dan Protein

Minuman berkhasiat, sedap dan berkrim serta sumber yang kaya dengan kalsium, serat dan protein. Sesuai untuk kanak-kanak dan semua peringkat umur.

Sumber yang baik bagi serat dan protein 

Protein membantu membina dan memperbaiki tisu badan. Ia adalah penting untuk pertumbuhan dan perkembangan, membekalkan asid amino yang diperlukan untuk penghasilan protein.

Kaya dengan kalsium dan zink

Kalsium membantu membina tulang dan gigi yang kuat. Zink memainkan peranan yang penting dalam pertumbuhan.

Cadangan Penggunaan

Campurkan 1⁄4 cawan (34 g) serbuk dengan 1 cawan (237 ml) air sejuk atau susu rendah lemak. Untuk tingkatkan selera makan, campurkan dengan buah-buahan kegemaran anak-anak

 

#3 Performance Drink

performance drink shaklee untuk puasa

Menyegarkan dan Menghilangkan Dahaga 

Shaklee Performance Drink merupakan pilihan paling ideal yang berupaya menghidrat lebih cepat berbanding air dan membekalkan tenaga untuk kegiatan harian anda.

Campuran elektrolit ditambah campuran unik karbohidrat

Dengan proprietari OPTI-Lyte™ campuran elektrolit ditambah campuran unik karbohidrat untuk memberikan tenaga segera dan berterusan disamping menyokong penghidratan optimum.

Khusus bagi anak yang cergas & aktif seumpama atlit

Minuman para atlit sukan untuk membekalkan tenaga dengan segara dan menghilangkan dahaga.

Cadangan Penggunaan
Campur 28 g atau 3 sudu besar serbuk untuk setiap 237 ml atau 1 cawan (8 oz.) air sejuk. Sesuai ketika bersahur dan berbuka puasa

Beli Secara Online, Klik Di Sini

Semoga perkongsian ilmu ni menjadi saham pahala untuk saya. Untuk dapatkan khidmat nasihat dan bimbingan produk Shaklee Hubungi 

 Nur Bahijah Marzuki

: Pengedar Sah Shaklee (SID 1034684)
: 014.8281.356 (call,sms,whatsapp,telegram)
: emel: bahijahmarzuki@gmail.com
: Facebook PilihSihat.Com 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *