Vivix dan Masalah Vertigo Testimoni Fresh dan Original Dari Customer Saya

Pada bulan lepas time promosi vivix Ija dapat customer yang sedang menahan sakit kepala disebabkan Vertigo. Vertigo ni Ija dah biasa dengar tahu dan macam mana simptomnya. Tapi tak sangka makin study, rupanya Vertigo ni tak boleh buat main-main.

Apa yang Ija dapat tahu daripada customer Ija. Dia rasa sakit kepala yang sangat, kepala rasa pusing-pusing. Nak berdiri pun tak stabil. Telinga pula rasa sakit sangat. Asyik terbaring je. Sampai 2 hari ambil MC tak dapat pergi kerja. Testimoni daripada beliau akan diattach sekali.

Topik yang akan dibincangkan ialah;

  1. Vivix dan Masalah Vertigo: Bagaimana Vivix Bantu Pesakit Vertigo
  2. Apakah Penyebab Vertigo Ini Sebenarnya?
  3. Faktor Pencetus Vertigo
  4. Jenis-jenis Penyakit Vertigo
  5. Siapakah Yang Mudah Terdedah Kepada Vertigo
  6. Tanda-tanda Anda Mungkin Diserang Vertigo
  7. Tips Mencegah Penyakit Vertigo Daripada Berulang

 .

Vivix dan Masalah Vertigo: Bagaimana Vivix Bantu Pesakit Vertigo

Zaman moden ini ada macam-macam jenis penyakit yang berisiko untuk menyerang kita. Salah-satu penyakit yang mungkin anda jarang dengar adalah Vertigo.

Penyakit Vertigo akan menyebabkan individu yang diserang mengalami keadaan pening yang sangat luar biasa. Mereka yang diserang Vertigo akan berasa dunia seperti berpusing-pusing. Biasanya serangan penyakit vertigo ini mungkin berlaku beberapa minit bahkan ada yang berlarutan sehingga berhari-hari.

Menurut laman web MyHealth Vertigo ialah sensasi palsu di mana diri sendiri, persekitaran, atau kedua-duanya bergerak atau berpusing, biasanya disertai dengan loya dan hilang keseimbangan.

.

Apakah Penyebab Vertigo Ini Sebenarnya?

Sebenarnya penyakit ini terjadi kerana terdapat gangguan kepada sistem keseimbangan badan kita. Umumnya, keseimbangan tubuh manusia dikendalikan oleh otak.

Apabila otak menerima maklumat, ia akan memproses maklumat tersebut dan menghantar mesej kepada anggota tubuh untuk digerakkan. Sistem keseimbangan badan manusia ini bertumpu di sekitar mata dan di kedua-dua bahagian telinga.

Gangguan atau penyakit Vertigo ini akan menyerang apabila terdapatnya gangguan pada bahagian dalam telinga dan juga penglihatan seseorang. Gangguan dalam telinga ini dipercayai berlaku disebabkan oleh cecair yang terkumpul dan perubahan tekanan dalam telinga.

Ia boleh menyebabkan kita menjadi pekak dan tak boleh berdiri dengan betul kerana kehilangan keseimbangan.

Ear

Faktor Pencetus Vertigo:

Secara umum serangan vertigo adalah disebabkan oleh gangguan sistem peredaran darah dan keadaan tubuh yang tak mampu menjaga keseimbangan. Hakikatnya, perkara ini mungkin berlaku disebabkan oleh pengaruh berikut iaitu;

  • Pola makan yang tidak sihat (tinggi kolesterol, gula, dan lemak) serta tabiat buruk merokok. 
  • Migrain akibat perubahan tekanan darah (hipertensi) akibat kurang tidur dan pengambilan alkohol yang berlebihan.
  • Gangguan fungsi otak akibat kurangnya aliran darah menuju otak. Ini menyebabkan oksigen yang tak cukup untuk diangkut ke seluruh tubuh. Akhirnya sistem pembuluh darah dan saraf terganggu.
  • Terjadinya radang dan jangkitan telinga oleh bakteria sehingga menyebabkan gangguan kepekatan cairan pada organ telinga. Lalu akibatnya tubuh tidak dapat keseimbangan.
  • Gangguan saraf di sekitar mata. Ini menyebabkan sistem keseimbangan tubuh terganggu.
  • Mungkin terjadi akibat mabuk darat atau mabuk laut. Pergerakan persekitaran yang mengganggu keseimbangan tubuh.
  • Gangguan neurologis yang disebabkan oleh sklerosis, tumor otak atau tumor yang menyerang saraf. Perlu segera berjumpa doktor untuk memastikannya.

 .

Jenis-Jenis Penyakit Vertigo:

  • Vertigo ocularis; rasa berpusing-pusing akibat gangguan saraf di sekitar organ mata.
  • Vertigo nocturna; pesakit berasa seolah-olah akan terjatuh semasa hendak tidur.
  • Vertigo laryngea; tubuh rasa berpusing-pusing akibat daripada serangan batuk.
  • Vertigo epileptica; keadaan berpusing setelah mengalami serangan sawan.
  • Vertigo positional; serangan vertigo mendadak yang menyerang kurang dari satu minit. Pencetusnya seperti perubahan posisi kepala ketika seseorang itu berpaling ke belakang atau ketika berbaring, bangun dan berguling di tempat tidur.

 .

Siapakah mudah terdedah kepada Vertigo?

Menurut artikel Fisioterapi Buat Vertigo, Vertigo meningkat dengan peningkatan umur dan adalah kira-kira dua hingga tiga kali lebih tinggi di kalangan wanita berbanding  dengan lelaki.

  • Melibatkan 2.5% daripada penduduk umum (US) (Hain 2009)
  • 1 daripada 5 orang dewasa yang terlibat (Yardley 1998)
  • Gejala yang biasa bagi pesakit yang melebihi 65 tahun (65%)

 .

Tanda-Tanda Anda Mungkin Diserang Oleh Vertigo:

  • Seseorang yang mengalami vertigo akan berasa dirinya atau persekitaran seperti berpusing-pusing.
  • Gerakan mata yang tidak normal. Ini merupakan petunjuk bahawa fungsi bahagian dalam telinga terganggu melibatkan saraf yang menghubungkan otak.
  • Tubuh rasa berdebar-debar
  • Telinga terasa berdengung
  • Pandangan kabur
  • Rasa mual tekak dan hendak muntah
  • Berpeluh-peluh walaupun dalam keadaan rehat
  • Nadi berdenyut dengan cepat
  • Tidak dapat berjalan dengan lurus atau mengimbangkan badan
  • Telinga tidak dapat menangkap butiran percakapan seolah-olah hilang pendengaran.

 .

Menghadapi Serangan Vertigo:

  1. Pertama sekali. Tidak perlu panik. Anda boleh lakukan perkara berikut:.Bertenang, baring dan berehat. Pejamkan mata sambil ambil nafas dalam-dalam.Cari posisi yang selesa untuk berehat sama ada duduk atau berbaring.
  2. Cuba lihat sekeliling anda dan segera minta pertolongan sesiapa yang berdekatan.
  3. Bila terasa mual dan ingin muntah, teruskan sahaja.
  4. Sekiranya dengan berbaring atau pun duduk dapat memberikan anda keselesaan untuk berehat dan menenangkan diri ketika diserang vertigo, teruskan sahaja sehingga ia menghilang. Jangan kerap melakukan gerakan secara tiba-tiba. Cuba berehat sepenuhnya.
  5. Buka mata perlahan-lahan dan dalam gerakkan kepala dengan perlahan. Sekiranya masih lagi berasa pusing, berehat kembali pejamkan mata dan minta pertolongan untuk ke klinik.

 .

Tips Mencegah Penyakit Vertigo Daripada Berulang

Mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Penyakit Vertigo ini boleh dicegah dari awal. Sekiranya terasa ada tanda-tanda untuk diserang Vertigo, amalkan tips-tips ini untuk mencegahnya dari menjadi lebih kronik.

  • Jika pesakit mempunyai gejala hipertensi, maka kurangkan pengambilan garam dan amalkan diet yang sihat.
  • Banyakkan makan buah-buahan dan sayuran demi menghalang pertumbuhan radikal bebas dalam tubuh anda.
  • Aktiviti bersenam seperti aerobik, jogging atau berjalan selama 30 minit perlu diatur sekurangnya 4-5 hari dalam seminggu. Aktiviti ini bukan sahaja menghindari vertigo malah menyihatkan jantung dan paru-paru sekaligus melancarkan peredaran darah dalam tubuh.
  • Faktor stress juga merupakan salah satu pencetus penyakit ini. Jangan tak tahu stress ini juga adalah salah-satu punca yang membawa kepada kanser. Ini disebabkan oleh peningkatan hormon kortisol dalam darah sehingga dapat menyumbat dan mengganggu peredaran darah.
  • Pastikan tubuh mendapat rehat yang mencukupi. Hindari gangguan tidur. Tidur yang berkualiti adalah seawal jam 10 malam.
    Kesimpulannya, sebaik-baiknya anda jangan memandang remeh sekiranya diserang sakit kepala atau rasa dunia ini berpusing-pusing.
  • Serangan vertigo yang terjadi kerana aliran darah yang terganggu kerana pembengkakan arteri sebenarnya adalah satu gejala atau simptom awal untuk terjadinya risiko diserang penyakit stroke. Ini kerana berkemungkinan besar pembuluh darah membengkak dan berkemungkinan pecah kerana tekanan darah yang tinggi.

.

Testimoni Dari Pesakit Vertigo (Customer Ija)

Jika anda tanya pada saya. Produk manakah yang paling unggul dalam Shaklee. Jawapannya ialah Vivix Shaklee. Ini juga adalah jawapan tepat kepada penyakit Vertigo yang anda deritai selama ini.

Vivix Shaklee adalah tonik yang dirumuskan secara teliti dan telah pun banyak disiarkan di media massa ini membantu memulihkan kesihatan tubuh hingga ke peringkat sel. 

Ini testimoni daripada customer Ija iaitu En Syaiful dari Cyberjaya yang mengalami masalah Vertigo. Ini bukti dalam soal vivix dan masalah vertigo. En Saiful ni orang komputer

testimoni vivix dan masalah vertigo

 

Produk Shaklee dan Vivix bukan sahaja diakui melalui testimoni malah diperakui dengan kajian saintifik. Malah yang paling mengagumkan adalah keputusan daripada Landmark Study yang dijalankan amat positif. Rujuk slideshare berkenaan Landmark Study Shaklee Hasil Yang Mengagumkan

Kajian makmal telah menunjukkan ramuan utama dalam Vivix melindungi dan membaikpulih sel-sel DNA. Dalam satu ujian klinikal yang dijalankan oleh saintis Shaklee, ramuan utama dalam Vivix juga telah melindungi tubuh dari tindakbalas keradangan yang berpunca dari pemakanan yang tidak sihat yang menyebabkan tubuh menjadi semakin tua dari usia sebenar.

Di samping itu, melalui ujian klinikal juga telah menunjukkan tindakbalas Vivix yang melambatkan pembentukan protein AGE yang merosakkan sel-sel badan. Vivix membantu mempertingkat fungsi otak. Ambillah supplemen yang semulajadi selamat dan berkesan untuk mengatasinya.

Klik link ini bagi mendapatkan info lanjut berkenaan dengan Vivix juga terbukti dalam membantu pesakit darah tinggi kembali stabil dan Pengambilan vivix yang membaiki dan melindungi sel akan mencegah tubuh kita dari diserang radikal bebas penyebab kanser.

Hubungi saya untuk dapatkan maklumat lebih lanjut

Nur Bahijah Marzuki
: Pengedar Sah Shaklee (SID 1034684)
: 014.8281.356 (call,sms,whatsapp,telegram)
: emel: bahijahmarzuki@gmail.com
: http://pilihsihat.com
: Facebook PilihSihat.Com

KENAPA PERLU BAYAR LEBIH KALAU DAPAT DISKAUN 20%?

Kalau Saya Jadi Ahli Shaklee Apa Kelebihannya?

Banyak kelebihannya. Antaranya

  1. Kak Ija akan bimbing dan guide cara makan dan guna produk Shaklee dengan betul
  2. Dalam group Kak Ija ramai ahli Shaklee, so boleh share pengalaman dan masalah. Sama-sama bantu
  3. Tak tahu marketing? Tiada masalah, kak ija bantu buat facebook page dan blog atau web. Free sahaja
  4. Beli produk Shaklee dengan harga istimewa. Diskaun 20% bagi setiap produk
  5. Sambil-sambil guna, boleh jual-jual. Dapat juga komisyen untuk duit poket iaitu untung runcit.
pengedar shaklee
ini sebahagian daripada ahli tim kak ija

cara jadi ahli shaklee

Daftar sebagai Ahli Shaklee untuk nikmati keistimewaan Cara Daftar Ahli Shaklee atau terus dapatkan side income dengan menjadi Pengedar Shaklee, tapi sebelum ini baca dahulu Kelebihan Buat Bisnes Shaklee Yang Pasti Anda Terpegun

 

Nur Bahijah Marzuki
: Pengedar Sah Shaklee (SID 1034684)
: 014.8281.356 (call,sms,whatsapp,telegram)
: emel: bahijahmarzuki@gmail.com
: http://pilihsihat.com
: Facebook PilihSihat.Com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *