5 Sebab Kulit Wajah Berminyak Dan Berjerawat

5 Sebab Kulit Wajah Berminyak Dan Berjerawat 

Menurut kajian, kebanyakan kulit wajah wanita Asia terutamanya di Malaysia ni kebanyakannya daripada golongan kulit berminyak. Faktor cuaca yang panas dan berpeluh memberi kesan kepada kulit wajah berminyak.

Kulit berminyak menyebabkan kita kurang selesa. Seterusnya mengganggu aktiviti harian kita, dan akhirnya ia boleh menjejaskan prestasi kerja kita. Betul tak?? Rasa rimas.

Kita akan rasa kurang keyakinan diri, terutama apabila melihat muka kita dalam gambar-gambar yang diambil setiap hari. Muka nampak kusam dan tidak bermaya, lebih-lebih lagi bila jerawat atau kesan parut lama masih kelihatan. 

Yang baru tumbuh bertambah-tambah, parut lama tak berkurang dan hilang.

Kulit yang berminyak menyebabkan jerawat tumbuh dan liang-liang roma tertutup. Akibatnya berlakunya pengumpulan sel-sel mati dan meninggalkan kesan parut dan merosakkan kulit.

 

Tahu tak kenapa kulit kita berminyak?

Sebenarnya, kulit berminyak berlaku daripada hasil pengeluaran sebum berlebihan iaitu bahan berminyak yang dikeluarkan secara semulajadi dari kulit kita. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan sebum ini terhasil.

 

Makanan Berminyak

Punca utama kulit muka sentiasa berminyak ialah disebabkan makan makanan yang bergoreng, berminyak dan berlemak secara berlebihan. Makanan berminyak ini juga sebenarnya secara tidak langsung menjadi punca utama yang menyebabkan kulit kita berjerawat.

 

Hormon

Ketidakseimbangan hormon di dalam tubuh kita dapat menyebabkan  wajah menjadi berminyak. Perasan tak kalau time nak dekat datang period, muka akan jadi berminyak dan naik jerawat. Hormon wanita kan berubah-ubah. Ni juga antara salah satu sebab kulit wajah jadi berminyak.
 
Jadi, no wonder la orang jual Shaklee atau jual apa-apa produk kecantikan pun sekali-sekala naik jerawat.  Hormon wanita ni macam-macam ragamnya.

 

Pemilihan Produk Pencuci Muka Yang Salah

Di pasaran terdapat banyak jenis pencuci muka yang boleh didapati dengan pelbagai harga, ada yang mahal dan ada juga yang murah. Tetapi tidak semuanya sesuai dengan kulit muka kita walaupun ada yang dinyatakan khusus untuk kulit yang berminyak.

Jika tersalah pilih, boleh menyebabkan bahagian muka kita macam berminyak dan kelihatan shinning disebabkan minyak pada kulit wajah.
 
Jadi, sangat penting untuk pilih produk pencuci muka yang sesuai, selamat dan semulajadi. Seeloknya pilih la yang bebas paraben. Terlampau berbuih sangat macam sabun tak selamat sangat.
 
Shaklee bukan ada produk suplemen je, produk pencuci muka pun ada. Ni antara 2 hot produk, Make up remover dan Foaming cleansing.

 

Genetik

Faktor genetik juga memainkan peranan untuk kulit muka selalu berminyak. Jika ibu bapa atau ahli keluarga ada yang mengalami masalah kulit berminyak yang teruk, maka tidak mustahil anda anda juga akan mengalami masalah yang sama.
 
Cuba check. Tapi kalau dah mak ayah kulit berminyak, jangan bimbang ini akan dapat diatasi dengan cara permakanan yang sihat.

 

Cuaca dan Aktiviti Luar

Cuaca yang panas meyebabkan kita mudah berpeluh. Peluh tersebut boleh menyebabkan kulit berminyak. tambahan pula bila kulit terdedah kepada sinar ultra ungu yang merbahaya menyebabkan  struktur kulit kita rosak.
 
Shaklee pun ada set produk skin care tau.
Produk yang paling digemari ramai Gentle Deep Foaming Cleanser dan Gentle Action Make Up Remover. Ni dua produk hot
Shaklee pun ada toner dan whitening cream.

 
Rakan Nutrisi Anda 
 
Nur Bahijah Marzuki
: Pengedar Sah Shaklee (SID 1034684)
: 014.8281.356 (call,sms,whatsapp,telegram)
: emel: bahijahmarzuki@gmail.com
https://pilihsihat.com/
: Facebook PilihSihat.Com 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *