7 Checklist Persediaan Sebelum Bersalin

7 Checklist Persediaan Sebelum Bersalin

 

Untuk entry kali ni, Ija nak share antara checklist yang boleh dibuat persediaan terutama bagi ibu hamil yang pertama kali menyambut kelahiran cahaya mata. Dulu time kelahiran pertama Ija memang excited sangat menunggunya, tapi banyak benda careless terabai. Agak kelam kabut juga masa dekat wad lepas bersalin. Sebab banyak barang tertinggal di rumah. Dan bila dirumah, ada banyak benda yang terpaksa suami segera pergi kedai beli. Memang kelam kabut betul masa tu. Untuk kelahiran ke-2 dan ke 3 , Alhamdulillah lebih berpengalaman dan tak berulang dah .

 

Bila sudah fasa ketiga iaitu 3 bulan sebelum tarikh duedate persediaan awal dah kena buat.

 

7 checklist ini amat berguna untuk ibu hamil yang pertama kali sambut baby. Kalau ibu tak prepare awal-awal, akan sedikit kelam kabut macam pengalaman Ija sebelum ni.

 

 

Pastikan Barang Keperluan Bayi Cukup

Untuk memastikan barang keperluan bayi cukup dan tiada yang tercicir, Ija sarankan supaya catat dan senaraikan segala keperluan barang di buku atau phone. Dalam masa sama bagi copy checklist  keperluan bayi itu pada suami juga supaya tidak terlepas pandang.

Antara keperluan bayi yang ibu perlu pastikan cukup adalah:

-set pakaian bayi (pastikan pakaian baby dibasuh terlebih dahulu sebelum digunakan. Kalau dah tahu jantina senang nak pilih baju, andai scan tak Nampak lagi, ambil jalan tengah pilih baju warna putih,kuning. Baby cepat besar, tak perlu beli banya.k sangat yang newborn)

-pampers (kalau pampers yang saiz newborn, beli satu pack sahaja, jangan beli terlau banyak, pengalaman Ija kalau anak yang lahir cukup bulan, pakai sekejap je saiz newborn. Masuk bulan ke-2 dah pakai saiz S.

-kain bedung (prepare lebih

– selimut

-stoking / mitten

-set barang mandian bayi ; macam Ija, Ija beli set barang mandian yang botol kecil je, sebab nak pastikan samada baby serasi atau tidak dengan syampoo atau mandian yang dibeli. Untuk yang organic ,Ija sangat sarankan guna Shaklee Baby Set. Set barang mandi lain yang diperlukan adalah besen dan tempat (stand) baring baby. Stand ni sangat berguna untuk kalau yang pertama kali nak mandikan baby.

-set tempat tidur / getah alas tilam

– set ubat-ubatan , minyak urut

-set penyusuan ; untuk awal-awal ni prepare yang paling basic yang iatu pam manual. Andai ada bajet lebih , boleh beli pam susu mengikut bajet masing-masing. Pada awal kelahiran, baby menyusu sikit je. Prepare beli pam kalau tiba-tiba perlu buat stok disebabkan baby perlu warded, tak dapat nak direct feeding setiap masa.

Kalau boleh semua barang keperluan bayi ni dah diletakkan satu tempat samada dalam satu bakul atau bekas khas supaya tal bercampur dengan pakaian lain. Bila dah letak satu tempat khas ni, memudahkan suami atau pembantu nak sama-sama uruskan baby. Jadi tak de la setiap kali nak cari barang baby ,ibu berpantang yang kena bangun cari.

Sekarang senang , andai tak sempat atau busy dengan kerja tak dapat nak pergi expo baby fair atau kedai baby, boleh beli barang keperluan baby secara online. Shopee ,lazada memang banyak. Klik-klik ,bayar, barang sampai rumah.

 

 

 

Merancang Bersalin Di Mana

Bincang dengan suami dan decide nak bersalin di mana. Bagi Ija ini antara checklist yang sangat penting. Antara factor yang boleh diambil kira untuk memilih hospital adalah factor  kewangan, samada nak bersalin di hospital kerajaan atau swasta.

Faktor lain yang boleh adalah faktor jarak dari rumah , recommendation dari rakan atau saudara , servis yang bakal diterima.

Pengalaman Ija untuk bersalin anak yang pertama, check up bulanan di Klinik Kesihatan Nilai, untuk bersalin ni memang  kami merancang untuk bersalin di hospital kerajaan. Untuk check up  diKlinik Kesihatan Nilai akan dibawa ke Hospital Seremban (HTJ).

Bonus di hospital Seremban ni ,sebab suami boleh temankan isteri di labour room. Servis dan fasiliti di hospital Seremban ni Ija sangat berpuas hati dan sangat selesa walaupun  di kelas ketiga.

 

 

 

Nak Berpantang Di Mana

3 bulan sebelum bersalin ,anda dah berbincang dan decide dengan suami untuk merancang berpantang di mana. Samada berpantang di rumah sendiri , rumah mertua atau rumah ibu bapa anda.

Perancangan ini dikira amat penting kerana anda boleh merancang keperluan berpantang yang perlu disediakan.

Bagi yang  berpantang di rumah sendiri, boleh prepare siap-siap satu bilik khusus untuk ibu dan baby berehat berpantang. Barang-barangkeperluan baby dan ibu diletakkan setempat dalam satu bilik ,bagi memudahkan ibu menguruskan diri.

Jika merancang untuk berpantang di rumah mertua atau rumah ibu bapa anda, maklumkan awal pada mereka (ibu ayah) yang anda merancang berpantang di sana. Dalam masa yang sama boleh prepare hadiah atau wang saguhati untuk diberikan pada ibu ayah. Ibu ayah memang tak harapkan pun apa-apa balasan, tapi tiada salah andai kita saling menggembirakan dan memudahkan di antara satu sama lain.

 

 

Pencarian Confinement Lady

Sejujurnya, Ija sendiri tiada pengalaman dengan Confinement lady.Tapi Ija pernah buat survey untuk persediaan berpantang.

Kalau zaman dahulu mak bidan datang rumah tolong ibu berpantang dalam sehari ke 2 hari , bantu ibu pantang berurut dan menguruskan bayi.

Tapi, zaman sekarang orang panggil Confinement Lady, perkhidmatan dan pakej yang biasa ditawarkan ialah berurut, bertungku, bertangas,mandi herba, masak makanan berpantang, uruskan baby, urut baby.

Ada pelbagai pakej , berapa hari dan mengikut bajet anda. Jika mahu booking confinement lady ni, and perlu membuat tempahan awal selewat-lewatnya 3 bulan sebelum bersalin. Jika tidak , fully booked.

Andai anda rasa anda tak perlukan confinement lady, Ija sarankan survey dan cari siap-siap tukang urut time berpantang. Kalau berpantang di rumah sendiri, cari siap-siap tukang urut bersalin di area berdekatan rumh  anda. Kalau di rumah ibu ayah minta ibu tanyakan tukang urut bersalin di area berdekatan rumah.

Bagi Ija, tukang urut ni sangat diperlukan time fasa berpantang ni, sebab dengan urutan sangat membantu lancarkan perjalanan darah ibu sepanjang berpantang.Dalam masa sama, bantu lancarkan pengeluaran susu untuk baby.

Ada yang berpendapat, kalau bersalin caeser  tak boleh berurut. Bagi Ija , boleh je andai nak berurut, tapi maklumkan awal-awal pada tukang urut bahagian  badan mana yang nak diurut, dan bahagian yang tak nak diurut. In sha Allah tukang urut mesti faham dan menuruti permintaan kita.

 

 

Keperluan Ibu  Selepas  Bersalin

Selain membuat persediaan  untuk keperluan bayi, jangan lupa untuk keperluan si ibu juga. Antara yang perlu diberi perhatian ibu-ibu ialah pakaian yang selesa ,longgar dan berzip di dada bagi memudahkan ibu-ibu nak susukan baby, pad maternity (kemungkinan darah nifas banyak keluar maka disarankan pad maternity, ataupun pad yang overnight sebab ia lebih panjang tebal dan dapat menampung untuk aliran darah yang banyak). Bra maternity dan stoking.

Untuk penjagaan dalaman ketika berpantang, Ija ambil set penuh  suplemen Shaklee untuk berpantang. Manakala untuk minyak urut luaran Ija guna minyak Nonaroguy.

Alhamdulillah, setakat ni berpantang anak pertama dan kedua, luka jahitan cepat sembuh, badan bertenaga dan susu badan meriah untuk baby.

Untuk mengetahui manfaat setiap item dalam set pantang Shaklee, boleh klik link di sini.

 

 

 

Perlu Tahu Tanda Bersalin

Bagi persediaan untuk bersalin,  ibu-ibu perlu tahu tanda-tanda asas bakal bersalin. Biasanya nurse atau doktor akan selalu maklumkan pada setiap kali temujanji pada fasa trimester ketiga ni. Kekerapan temujanji pun bukan lagi sebulan sekali , pengalaman Ija sendiri masuk  30 minggu ,temujanji 2 minggu sekali. Semakin dekat dengan EDD masuk 34 minggu, temu seminggu sekali.

 

Antara tanda bersalin ialah berlaku kontraksi yang kuat , turun darah , turun air mentuban dan rasa sakit perut seperti mahu membuang air besar. Jika tanda-tanda ini sudah  dialami oleh ibu, maka bersegeralah ke hospital yang telah dirancang untuk bersalin.

 

 

 

Menghadiri Kelas Antenatal , Kelas Penyusuan  Ibu

Bagi ibu yang pertama kali melahirkan cahaya mata ,Ija sangat menggalakkan ibu-ibu untuk menyertai kelas antenatal yang dianjurkan oleh pihak hospital ataupun klinik. Di samping itu, kelas penyusuan ibu juga wajib dihadiri supaya ibu mendapat pendedahan awal  bab ilmu penyusuan supaya bila nak menyusukan baby nanti tak berasa panik atau stress . Barula happy dan bahagia sepanjang proses penyusuan dan berpantang.

Semoga perkongsian ini dapat membantu sedikit sebanyak  ibu-ibu  hamil yang sedang membuat persediaan menantikan cahaya mata

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *