Amalan Untuk Subur dan Hamil Peluang Untuk Dapat Zuriat

Akhir-akhir ini Ija dihubungi oleh customer yang bertanya mengenai suplemen dan amalan untuk subur. Ada yang ada masalah period tidak teratur, ada yang dah 3 tahun kahwin tapi belum dikurniakan anak.

Kadang-kadang letih dengan persoalan rakan dan saudara

Bila nak ‘berisi’?

Anak dah berapa?

Kuat sangat kerja ni sampai tak nak fikir nak hamil

Letih bercampur sedih

Siapa yang tak nak anak kan? Ramai yang mencari tips dan petua untuk cepat dapat anak

amalan untuk subur.
quotemaster.org

Amalan Untuk Subur dan Hamil Peluang Untuk Dapat Zuriat

Apa-apa masalah kita kena ketahui puncanya terlebih dahulu. Secara normal badan kita sebagai wanita semua berupaya untuk hamil. First kenal pasti faktor yang mempengaruhi dan menurunkan tahap kesuburan kita ;

  1. Berat Badan Berlebihan – Badan yang terlampau gemuk akan menyukarkan individu untuk dapat anak. Namun harus diingat, badan yang terlalu kurus pun boleh mempengaruhi tahap kesuburan
  2. Pekerjaan Dan Persekitaran Contoh: Pekerjaan yang perlu pegang bahan kimia ia boleh menurunkan kadar kesuburan. Tukang masak (biasanya lelaki) bahagian panas pada dapur masak boleh menyebabkan bahagian produktif sperma pun jadi panas.
  3. Makan Makanan Kurang Berkhasiat: Tidak Seimbang, Tinggi Bahan Pengawet.
    Contoh 1: Pengambilan makanan yang tinggi bahan pengawet boleh merosakkan sel-sel tubuh badan. Mengganggu penghasilan hormon dalam badan.
    Contoh 2 : Makanan yang tinggi kolestrol dan tinggi minyak, boleh menganggu kesuburan. Ia boleh dikaitkan dengan hormon dan bila badan terlebih lemak, pengeluaran hormon juga akan terjejas.
  4. Usia – semakin berusia umur wanita, semakin berkurangan hormone estrogen. Ia akan menurunkan juga kadar kesuburan

.

Masalah Dalaman Wanita dan Lelaki

Masalah Dalaman Wanita

Masalah Wanita iaitu masalah dalaman ovulasi yang tidak teratur. Ovulasi ialah proses penghasilan telur atau ovum. Telur dan ovum ini penting untuk disenyawakan jadi zigot, fetus dan seterusnya.

 

Faktor 1 PCOS ( Polycystic Ovary Syndrome) hormon yang tidak stabil. Sebenarnya wanita mempunyai hormon estrogen yang tinggi berbanding hormon testoren.

Tetapi masalah akan timbul bila hormon estrogen rendah (iaitu tidak seimbang) daripada sepatutnya seterusnya akan menyebabkan masalah PCOS. Simptom PCOS

  • Period yang tidak teratur
  • Masalah berat badan berlebihan dan sukar untuk turunkan berat badan.
  • Masalah jerawat disebabkan hormon tidak stabil.
  • Rambut dan bulu tumbuh lebih di bahagian badan disebabkan hormon estrogen (hormon wanita) rendah menyebabkan hormon testoren tinggi yang menyebabkn bulu dan rambut tumbuh di tempat yang tidak sepatutnya.
  • Kesan besar kepada yang mengalami masalah PCOS ialah menjadi kurang subur disebabkan ovum/ telur tidak boleh dikeluarkan daripada ovari yang memberi kesan kepada sukar hamil.

 

Faktor 2 – Disebabkan oleh Ovulasi Tidak Teratur (Premature Ovarian Failure) iaitu ovari seseorang itu tidak berfungsi lagi sebelum umur 40. Individu yang ada masalah menopaus sebelum usia sepatutnya.

Ia biasanya akan melalui pre-menopaus dengan lebih cepat dan ovari akan berhenti berfungsi sebelum berumur 40 tahun, jadi ini menyebabkan masalah kesuburan. Contoh: Ovari berhenti berfungsi pada umur 38 tahun

Simptom premature ovariam failure :

  • Sama seperti orang yang hadapi menopaus. Mereka akan alami osteoporosis dengan lebih cepat, rasa panas, rasa kekeringan di kawasan kemaluan dan rasa simptom sama hotflush

Apabila ovari sudah berhenti berfungsi ia sama seperti orang menopaus walaupun usia belum lagi 40 tahun. Faktor permakanan, stress, dan persekitaran akan mempercepatkan menopaus di kalangan wanita dan masalah ketidaksuburan untuk wanita.

 

Faktor 3
Kanser pangkal rahim. Bila ada masalah kanser dan tumor sel di pangkal rahim, ini menyebabkan rahim tersebut tidak dapat memberikan sokongan kepada embrio dan zigot untuk membesar.

 

Faktor 4
Endometrosis iaitu sel endomektrium yang sepatutnya ada di bahagian dalam rahim, tetapi tumbuh di bahagian luar rahim. Biasanya orang yang ada masalah endometrosis ini, darah itu akan keluar ke bahagian luar rahim ketika waktu period .

Ada pendarahan berlaku, akan rasa sakit bahagian rahim, senggugut yang teruk. Ini merupakan simptom yang boleh berlaku disebabkan endometrosis.

 

Faktor 5
Tiub fallopian tersumbat. Apabila kedua-dua belah tersumbat, ia memberi kesan untuk tidak tak hamil. Ini dapat dirawat dengan melakukan pembedahan untuk keluarkan bahagian tersumbat. Ini akan memberi peluang untuk mendapatkan anak.

 

Faktor 6
Fibroid iaitu ketumbuhan di bahagian rahim. Ini akan mengganggu persenyawaan dan penampalan zigot di dinding rahim. Ini juga akan menyebabkan kebarangkalian untuk mengandung adalah rendah. Ada sesetengah orang boleh mengandung dan fibroid wujud di tempat lain.

 

Masalah Dalaman Lelaki

Faktor ketidaksuburan

Faktor 1
Air mani tidak normal menyebabkan sperma yang tidak normal. Air mani yang tidak cukup nutrien menyebabkan sperma tidak boleh survive dalam keadaan normal disebabkan tidak cukup nutrisi.

Sebenarnya air mani memainkan peranan penting dalam memberikan nutrisi kepada sperma. Nutrien yang tidak cukup pada sperma boleh menyebabkan abnormal kepada sperma.

Faktor yang memberi kesan ketidaknormal sperma antaranya; radiasi , terdedah kepada bahan kimia yang tinggi dan radikal bebas memberi kesan kepada sperma yang tidak normal.

 

Faktor 2
Masalah pada buah zakar / testis. Bagi lelaki yang mempunyai masalah testis seperti jangkitan, luka atau kanser ia akan memberi kesan kepada penghasilan sperma.

Ini menyebabkan lelaki menjadi tidak subur kerana tidak dapat menghasilkan sperma yang cukup baik dan berkualiti. Bagi lelaki yang normal, ia boleh menghasilkan sperma daripada 40juta ke 300 juta sehari. 

.

Amalan Untuk Subur dan Hamil : Zikir dan Bacaan Khusus

#1 Perbanyakkan Istighfar dan Bertaubat

Panduan dari Syaikh Muhammad Al-Habdan

Panduan dari Ust Khalid Basamalah

 

#2 Bacaan Zikir Khusus

Zikir ini diajarkan oleh Almarhum Tuan Guru Dr Haron Din semasa dalam kuliah pengajian di Darussyifa dahulu

Amalan Untuk Subur dan Peluang Dapat Zuriat dan Hamil

Zikir ini boleh dibaca pada bila-bila masa. Tiada masa khusus. Seeloknya pada waktu mustajabnya doa seperti

  • Ketika sujud dalam solat
  • Antara 2 khutbah jumaat
  • Antara azan dan iqomah
  • Waktu hujan turun
  • dan lain-lain 

 

#3 Pemakanan Sihat

.Diterangkan pada tajuk di bawah

 

Ikhtiar Untuk Hamil Dengan Pemakanan Sihat Seperti Supplemen

Supplemen yang mendapat perhatian ialah supplemen dari produk Shaklee. Produk yang diakui kualiti dari sudut ujian klinikal dan testimoni dari pengguna. Untuk dapatkan kajian terbaru tentang produk shaklee  boleh rujuk link ini Shaklee Landmark Study

 

#1 Vivix Shaklee: Resveratrol & Polifenol Meningkatkan Tenaga Pada Sel

vivix shaklee berhenti merokok

Salah satu produk Shaklee yang mendapat tarikan ialah Vivix Shaklee. Bagaimana Vivix boleh membantu wanita untuk hamil? Kandungannya ialah Resveratrol dan Polifenol

Kelebihan resveratrol dan polifenol untuk kesuburan adalah tinggi antioksida.

  1. Menggalakkan penuaan yang sihat iaitu membantu melambatkan proses penuaan termasuklah menopaus contohnya premature ovarian failure.
  2. Membantu sel pembiakan yang sihat. Iaitu vivix membantu meningkatkan bilangan mitonchondria di mana meningkatkan tenaga kepada sel. Contoh: Sel sperma , bahagian kepala mempunyai mitonchondria, mitochondria berperanan menguatkan sel tersebut. Kesan lain ia menyebabkan penghasilan sperma dan proses ovulasi akan berjalan lebih lancar.
  3. Membantu pencegahan kanser. Vivix membantu mencegah daripada kanser yang mana kanser seperti kanser uterus dan prostat yang menyebabkan seseorang itu menjadi tidak subur.
  4. Memperbaiki daya tahan iaitu sistem imun badan menjadi lebih kuat. Contoh : ketidak suburan disebabkan jangkitan pada testis. Vivix membantu menguatkan sistem imuniti badan dalam masa sama melawan jangkitan yang dihidapi.

 

#2 ESP Energizing Soy Protein

esp-shaklee

  • Kualiti protein yang tinggi dalam tumbuhan, 14 gram dalam setiap hidangan bersamaan dengan 3 sudu.
  • Sumber soya non-gmo yang tidak diubah suai genetik
  • Indeks glisemik rendah iaitu memberi tenaga tanpa meningkatkan gula.
  • Tanpa kolestrol
  • Lengkap 9 amino acid untuk badan. Bila badan mendapat asid amino yang lengkap, protein ini membantu untuk menghasilkan apa sahaja yang menggunakan asid amino seperti hormon, rambut, kuku, kulit.

Kenapa protein penting untuk kesuburan?

  • Soya mengandungi phytoestrogen. Sumber soya yang organik tiada tambahan hormon lain sangat bagus untuk badan menstabilkan hormon.
    Oleh sebab itu, kestabilan hormon boleh mengelakkan penyakit yang disebabkan oleh hormon yang tidak stabil seperti PCOS.
  • Protein yang sihat sangat penting untuk rahim yang sihat dan kuat. Ini kerana sel badan kita terdiri daripada protein.

Contoh bagi wanita yang mengalami keguguran, ia disebabkan oleh banyak faktor. Salah satu faktor adalah disebabkan oleh rahim yang tidak kuat, ia memberi kesan untuk mudah keguguran bila bergerak aktif.

  • Protein berperanan menguatkan rahim dan melengkapkan sel di bahagian tubuh badan kita.
  • Selain itu phytoestrogen membantu mengurangkan risiko mendapat kanser dan mengurang kan gejala menopaus. Di Jepun banyak kajian mengenai soya dan ia merupakan makanan ruji orang Jepun.
  • Ratio bilangan masalah seperti kanser prostat dan payudara sangat rendah.

 

#3 Gla Complex

gla-complex

Sumber omega-6. Apa yang omega 6 boleh bantu untuk kesuburan?

Ia membantu dalam menstabilkan sistem hormon. Terutamanya wanita, kerana hormon wanita ada turun naik tinggi rendah tidak menentu. Selain itu, omega 6 juga membantu mengurangkan risiko kanser prostat dan pembesaran prostat untuk lelaki dalam masa sama boleh diambil untuk kesuburan.

Membantu mengurangkan keradangan. Keradangan ini kalau kita lihat contohnya pada keradangan bahagian ovari yang membengkak. GLA boleh membantu mengurangkan keradangan dan pembengkakan.

 

#4 B-Complex

B-Complex WIth Folic Acid Shaklee

Mengandungi kesemua vitamin B yang diperlukan. Disamping sistem penyerapan bioktif yang optimum dan dipaten. Vitamin B sangat penting untuk kesuburan di mana ia membantu penghasila”n darah. Apabila penghasilan darah yang cukup, bila terjadinya zigot, zigot akan lebih kuat melekat di dalam bahagian rahim.

Vitamin B merupakan vitamin persediaan untuk wanita yang ingin hamil. Asid folik merupakan salah satu vitamin yang sangat penting untuk ibu hamil dan ia ada sekali bersama B Complex Shaklee.

Jika ibu hamil yang tiada langsung asid folik dalam badan ,contohnya bagi yang tiba-tiba baru tahu rupanya telah hamil 4 bulan. Di sini risiko untuk bayi mengalami kecacatan otak dan saraf tube neural adalah sangat tinggi. Oleh itu bagi yang nak hamil dan nak subur boleh ambil vitamin B Complex Shaklee.

 

Hubungi saya untuk dapatkan maklumat lebih lanjut

Nur Bahijah Marzuki
: Pengedar Sah Shaklee (SID 1034684)
: 014.8281.356 (call,sms,whatsapp,telegram)
: emel: bahijahmarzuki@gmail.com
: https://pilihsihat.com
: Facebook PilihSihat.Com

 

KENAPA PERLU BAYAR LEBIH KALAU DAPAT DISKAUN 20%?

Kalau Saya Jadi Ahli Shaklee Apa Kelebihannya?

Banyak kelebihannya. Antaranya

  1. Kak Ija akan bimbing dan guide cara makan dan guna produk Shaklee dengan betul
  2. Dalam group Kak Ija ramai ahli Shaklee, so boleh share pengalaman dan masalah. Sama-sama bantu
  3. Tak tahu marketing? Tiada masalah, kak ija bantu buat facebook page dan blog atau web. Free sahaja
  4. Beli produk Shaklee dengan harga istimewa. Diskaun 20% bagi setiap produk
  5. Sambil-sambil guna, boleh jual-jual. Dapat juga komisyen untuk duit poket iaitu untung runcit.
pengedar shaklee
ini sebahagian daripada ahli tim kak ija

cara jadi ahli shaklee

Daftar sebagai Ahli Shaklee untuk nikmati keistimewaan Cara Daftar Ahli Shaklee atau terus dapatkan side income dengan menjadi Pengedar Shaklee, tapi sebelum ini baca dahulu Kelebihan Buat Bisnes Shaklee Yang Pasti Anda Terpegun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *