Cara Pengiraan BMR dan DCR Untuk Turunkan Berat Badan Dengan Selamat

Artikel ini dicatat oleh suami Ija. Dia dulu belajar bidang Bioteknologi Makanan. So memang tajuk ini ada dalam silibus pengajian.

Kita dididik apabila mahu menjamah makanan, lihat dulu berapa kalori makanan tersebut. Kalau kalori tinggi, elakkan atau kurangkan pengambilan. Malah ada dalam sesetengah jamuan katering, nilai kalori bagi sesuatu menu dipaparkan untuk panduan jemputan.

 

Kita mungkin tertanya Cara Pengiraan BMR dan DCR serta BMI

Tapi sebelum itu, apa maksud BMR, DCR dan BMI?

Apa kaitan dengan kalori dan untuk turunkan berat badan?

 

Saya akan jelaskan dahulu berkenaan Cara Pengiraan BMR dan DCR dan diikuti BMI

 

Apa Itu BMR dan DCR

BMR adalah singkatan bagi istilah Basal Metabolic Rate. Secara mudahnya ia bermaksud anggaran berapa jumlah kalori yang digunakan ‘dibakar’ ketika masa rehat. Ia mewakili jumlah minima tenaga yang diperlukan untuk pastikan badan berfungsi termasuk degupan jantung, bernafas dan sebagainya.

Secara mudahnya ia bermaksud jumlah tenaga yang diperlukan semasa kita rehat (tanpa melakukan apa-apa aktiviti)

Manakala DCR ‘Daily Calorie Requirement’ bermaksud jumlah kalori yang kita perlukan sehari dengan melakukan aktiviti atau jenis gaya hidup. Ia berkait rapat dengan pengiraan BMR

 

Cara Pengiraan BMR dan DCR

Cara pengiraan BMR adalah dengan merujuk Harris Benedict Equation (menurut sebahagian pakar kesihatan formula ini adalah yang lebih tepat)

 

Perempuan: BMR = 655 + (9.6 x berat dalam kg) + (1.8 x tinggi dalam sm) – (4.7 x umur dalam tahun)

Lelaki: BMR = 66 + (13.7 x berat dalam kg) + (5 x tinggi dalam sm) – (6.8 x umur dalam tahun)

 

Cara pengiraan DCR adalah dengan mendarab nilai BMR dengan Nilai di bawah 

 

cara pengiraan bmr dan dcr

Nota: 

  • Sedentary: Gaya hidup yang tak aktif atau hanya lakukan aktiviti biasa seharian
  • Lightly active: Gaya hidup dengan melakukan aktiviti ringan seperti bersukan 1 – 3 hari seminggu
  • Moderately active: Gaya hidup dengan melakukan aktiviti sederhana seperti bersukan 3 – 5 hari seminggu
  • Very active: Gaya hidup dengan melakukan aktiviti sangat aktif seperti bersukan 6 – 7 hari seminggu
  • Extra active: Gaya hidup dengan melakukan aktiviti teramat aktif seperti bersukan setiap hari, melakukan aktiviti berat dan sebagainya

 

Ini bermaksud nilai kalori yang diperlukan seseorang adalah berbeza. Umur, berat, tinggi, jantina dan jenis aktiviti atau gaya hidup seharian adalah mempengaruhi nilai kalori yang diperlukan.

 

Case Study:

  • Nama: Bahijah
  • Umur: 29 tahun
  • Berat: 51.5 kg
  • Tinggi: 160 sm
  • Aktiviti: Lightly active

 

Jom bantu saya kira!

 

Langkah #1

BMR = 655 + (9.6 x 51.5 kg) + (1.8 x 160 sm) – (4.7 x 29 tahun)

= 1301.1 

Langkah #2

DCR = BMR x 1.375 (lightly active)

DCR = 1301.1 x 1.375 

= 1789 KCal

Ini bermaksud saya perlukan 1789.01 Kcal tenaga sehari. Untuk mengekalkan berat badan saya, saya perlu maintain pengambilan kalori 1789 Kcal sehari. Jika saya mahu turunkan berat badan saya perlu kurangkan pengambilan kalori di bawah 1789 Kcal. Jika mahu tambah berat badan, saya perlu ambil lebih dari 1789 kcal. 

Melalui Cara Pengiraan BMR dan DCR kita akan tahu jumlah kalori yang saya perlukan setiap hari, Malah saya boleh kawal berat badan melalui cara ini. Iaitu sebagai panduan.

 .

Kesan Kekurangan & Lebihan Pengambilan Kalori Terhadap Berat Badan

Ada sesetengah orang sangat berjaga-jaga terhadap nilai kalori yang diambil. Jika di restoran, mereka sangat berhati-hati.Malah ada yang siap guna kalkulator untuk kira kalori yang diambil ketika makan.

Ini sangat bagus untuk kesihatan dan juga maintain berat badan. Tapi harus diingat, jangan terlampau kurang pengambilan kalori. Ia akan menjejaskan kesihatan. Kenapa?

 

Kerana apabila pengambilan kalori yang rendah (rendah dari nilai BMR yang diperlukan) ia akan memberi kesan kepada jisim otot, iaitu akan berkurang. Badan kita perlukan sumber makanan bagi memastikan organ badan berfungsi dengan baik yang mana ia memberi tenaga kepada otot. Ia dikenali sebagai proses catabolism

 

Apabila pengambilan kalori amat sedikit ia akan;

  • Menjejaskan kadar metabolisma badan.
  • Memberi kesan kepada berat badan,
  • Badan akan lemah dan sebagainya.

 

Jadi untuk kuruskan badan, perlu berhati-hati. Jangan skip makan. Makan secara berhemah. Jangan pula balun semua makanan sampai lupa pasal kalori. Bila terlampau lebih kalori ia akan beri kesan kepada banyak penyakit contohnya Diabetes atau Kencing Manis. Pengambilan kalori yang berlebihan juga akan memberi kesan kepada pertambahan berat badan

.

Cara Pengiraan BMI Untuk Berat Badan

Adakah anda perlu turunkan berat badan? Betul ke? Sebab apa?

Untuk menjawab soalan ini, kita perlu lihat kepada satu formula iaitu BMI (Body Mass Index)

 

BMI ialah Indeks Jisim Badan bagi mengukur dan kategorikan seseorang pada tahap berat badan, sama ada kurang, ideal atau lebih berat badan. Ini penting bagi mengukur tahap kesihatan dan cara pengambilan makanan serta gaya hidup sihat

 

Cara kira BMI ialah dengan menggunakan formula ini

body mass index

 

Nilai BMI akan menunjukkan tahap berat badan seseorang, tahap tersebut boleh dilihat melalui jadual ini

body mass index chart

Kurang berat badan: < 18.5

Berat badan ideal: 18.5 – 24.9 

Berat badan berlebihan: 25.0 – 29.9

Obesiti: > 30.0

 

Case Study:

  • Nama: Bahijah
  • Berat: 51.5 kg
  • Tinggi: 160 sm

 

BMI = (51.5kg) / (1.6)2 

= 20.1 (normal)

yeahh.. berat badan saya normal dan ideal =)

 

Jika berat badan normal, tak perlu untuk turunkan berat badan. Hanya kekalkan kesihatan dan gaya hidup sihat sahaja.

Tapi bagi anda yang nak turunkan berat badan, di samping pengambilan kalori yang sesuai dan bersenam

Ada satu lagi cara iaitu dengan pengambilan supplemen dan vitamin yang selamat.

.

Cara Turunkan Berat Badan Dengan Selamat dan Berkesan

Untuk turunkan dengan selamat dan berkesan, kita hendaklah gunakan produk kesihatan yang selamat dan berkualiti. Nak elak dari kesan buruk pada kesihatan kita. Produk ini ialah Shaklee. Ragu-ragu ke dengan Shaklee? Baca dulu artikel di bawah.

 

Baca artikel: Produk Shaklee Bahaya?

Baca artikel: Ada apa dengan Shaklee iaitu komitmen kualiti produk

 

set kurus shaklee

 

Teknik yang digunakan ialah 

  • Bakar: bakar lemak iaitu dengan Lecithin dan Omega Guard
  • Buang: buang toksik & lemak iaitu dengan Herb-lax dan Alfalfa Complex
  • Bina: bina otot dan elak kulit menggeleber iaitu dengan ESP dan Cinch

 

 

pengedar shaklee

Nur Bahijah Marzuki
: Pengedar Sah Shaklee (SID 1034684)
: 014 8281 356 (call,sms,whatsapp,telegram)
: emel: bahijahmarzuki@gmail.com
: https://pilihsihat.com
: Facebook PilihSihat.Com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *