Khasiat B Complex Shaklee Kelebihan Untuk Ibu Hamil & Semua

Khasiat B Complex Shaklee Kelebihan Untuk Ibu Hamil & Semua

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca pilihsihat.com, untuk post kali ini Ija nak share pasal berkenaan Khasiat B Complex Shaklee. Produk yang sangat penting kepada semua orang.

Tapi untuk kali ini, Ija nak fokuskan kelebihan b complex shaklee kepada golongan wanita sahaja, iaitu ibu hamil. Yang belum kahwin, yang dah kahwin tapi belum hamil lagi pun boleh baca. Sebagai persediaan.

Macam mana pula dengan orang lelaki? Jangan risau, Ija masukkan juga maklumat tentang khasiat b complex shaklee bagi semua orang termasuk lelaki, kanak-kanak dan sebagainya.

Dalam post ini saya akan kongsikan beberapa tajuk penting

  1. Apakah Kandungan B Complex Shaklee
  2. Apakah Khasiat B Complex Shaklee Untuk Ibu Hamil
  3. Apa Peranan Setiap Komponen Vitamin B Complex Semasa Hamil
  4. Apa Kelebihan Vitamin B Complex Shaklee Berbanding Yang lain?
  5. Kenapa Bila Makan Vitamin B Complex Shaklee Air Kencing Jadi Kuning?
  6. Betul Ke B Complex Boleh Hilangkan Stress?

.

Apakah Kandungan B Complex Shaklee?

Vitamin B Complex adalah merujuk kepada semua vitamin (diperlukan iaitu kena ambil melalui makan = essential). Ia bermaksud badan tak boleh hasilkan vitamin ini. Ia bersifat larut air water soluble kecuali Vitamin C.

Ia merangkumi thiamine (vitamin B1), riboflavin (vitamin B2), niacin (vitamin B3), pantothenic acid (vitamin B5), pyridoxine (vitamin B6), biotin, folic acid dan cobalamins (vitamin B12).

Vitamin ini berperanan untuk bantu dalam proses untuk badan kita gunakan atau hasilkan tenaga daripada makanan yang dimakan. Ia juga membantu dalam pembentukan sel darah merah.

khasiat b complex shaklee
Klik untuk besarkan paparan

Thiamin (Vitamin B1)

  • Diperlukan untuk menukarkan makanan kepada tenaga
  • Membantu penghasilan sel baru yang sihat
  • Dikenali sebagai vitamin anti-stress kerana mampu melindungi sistem imun tubuh manusia
  • Diperlukan untuk sintesis asid nukleik seperti DNA
  • Terlibat dalam pengendalian sistem saraf, mencegah kerosakan sistem saraf dan memulihkan gangguan saraf
  • Sumber makanan: bijiran penuh, bayam dan kekacang

Riboflavin (Vitamin B2)

  • Menukarkan karbohidrat kepada glukos untuk menghasilkan tenaga
  • Bertindak sebagai antioksidan yang membantu melawan radikal bebas dari merosakkan sel badan dan menyebabkan penuaan awal serta menyebabkan penyakit jantung
  • Penting dalam penghasilan sel darah merah yang mengangkut oksigen ke seluruh badan untuk menjalankan fungsi badan yang normal
  • Membantu mengurangkan migrain
  • Menukarkan vitamin B6 dan B9 ke bentuk aktif
  • Sumber makanan: badam, susu dan telur

Niacin (Vitamin B3)

  • Meningkatkan kandungan HDL (kolestrol baik) dalam darah
  • Merawat jerawat
  • Menghasilkan makromolekul seperti asid lemak dan kolestrol
  • Membaikpulih DNA
  • Membantu fungsi enzim
  • Sumber makanan: susu, daging merah dan telur

Asid Pantothenik (Vitamin B5)

  • Memecahkan lemak, karbohidrat dan protein untuk penghasilan tenaga
  • Menghasilkan hormon berkaitan seks dan tekanan termasuk testosteron
  • Menggalakkan kulit yang sihat dan mengurangkan penuaan kulit
  • Membentuk sel darah merah
  • Terlibat dalam sintesis kolestrol
  • Sumber makanan: avokado, yogurt dan daging

Pyridoxine (Vitamin B6)

  • Bersama vitamin B12 dan B9 mengawal paras asid amino homocystein dalam darah (terlibat dalam penyakit jantung)
  • Membantu menghasilkan hormon stress seperti serotonin, melatonin dan norepinephrine dan mempengaruhi mood dan corak tidur
  • Mengurangkan keradangan bagi pesakit artritis reumatoid
  • Menghasilkan neurotransmitter yang membawa signal dari satu saraf ke saraf yang lain
  • Menghasilkan hormon, sel darah merah dan sel dalam sistem imun
  • Sumber makanan: ayam, keju dan lobak merah

Biotin (Vitamin B7)

  • Vitamin kecantikan — terlibat dalam kesihatan kulit, rambut dan kuku
  • Mengawal paras gula yang tinggi dalam darah pesakit diabetes
  • Penting untuk pertumbuhan bayi yang normal dalam kandungan
  • Membantu B-complex berfungsi lebih efektif
  • Mengaktifkan metabolisma protein/asid amino dalam sel rambut dan sel kuku
  • Sumber makanan: barli, kentang dan kuning telur

Asid Folik (Vitamin B9)

  • Membantu mengurangkan kemurungan dan kehilangan memori
  • Menyokong perkembangan janin dalam kandungan dan menghalang kecacatan tiub neural
  • Menghasilkan sel-sel baru termasuk sel darah merah
  • Menghasilkan DNA dan RNA, mengekalkan fungsi otak dan menjamin kesihatan mental dan emosi
  • Membantu mencegah perubahan pada DNA yang mengakibatkan kanser
  • Sumber makanan: asparagus, susu dan kekacang

Cobalamin (Vitamin B12)

  • Bekerjasama dengan vitamin B9 untuk menghasilkan sel darah merah
  • Membantu zat besi menghasilkan protein yang membawa oksigen iaitu hemoglobin
  • Bersama vitamin B6 dan B9 mengawal paras asid amino homocystein dalam darah (terlibat dalam penyakit jantung)
  • Mengekalkan sistem saraf yang sihat
  • Sumber makanan: ikan, telur dan daging

.

Apakah Khasiat B Complex Shaklee Untuk Ibu Hamil?

khasiat b complex shaklee

Sebenarnya B Complex Shaklee sangat memainkan peranan penting untuk kesihatan ibu hamil. Ibu hamil / ibu mengandung perlu mendapatkan nutrien yang mencukupi agar kandungan dalam keadaan sihat.

Menurut Dr Mary L. Rosser dari Montefiore Medical Center, Bronx, New York, “Vitamin B Complex memastikan badan (ibu hamil) sentiasa kuat ketika kandungan membesar” rujuk pada artikel How Important Are B Vitamins In Pregnancy

Untuk Kesuburan

  • Membantu dalam melawan tekanan perasaan atau stress
  • Mencegah anemia
  • Menggalak pertumbuhan sihat dan normal

Semasa Kehamilan

  • Membantu melawan tekanan perasaan dan stress
  • Menggalak pertumbuhan bayi yang sihat dan normal
  • Lengkap dengan asid folik (folate)
  • Membekalkan tenaga melalui makanan yang dimakan (tukar makanan kepada tenaga)

Semasa Berpantang

  • Bantu melawan tekanan perasaan atau stress
  • Mencegah anemia
  • Menggalak pertumbuhan sihat dan normal

Semasa Penyusuan

  • Bantu dalam melawan tekanan perasaan atau stress
  • Mencegah anemia
  • Menggalak pertumbuhan sihat dan normal

Baca: Set Hamil Shaklee, Keperluan Ibu Hamil

.

Apa Peranan Setiap Komponen Vitamin B Complex Semasa Hamil

Khasiat B Complex Shaklee bagi ibu hamil dapat dijelaskan melalui peranan setiap komponen vitamin b complex semasa fasa kehamilan. Ia membantu ibu dan bayi dalam kandungan.

  1. B-1 (Thamine) – Memainkan peranan penting dalam perkembangan otak bayi
  2. B-2 (riboflavin) – Memastikan mata sentiasa sihat dan kulit sentiasa segar
  3. B-3 (niacin) – Perbaiki sistem penghadaman dan dapat kurangkan risiko berlaku alahan semasa mengandung ‘morning sickness’ dan loya
  4. B-5 (pantothenic acid) – Bantu hasilkan hormon hamil dan elakkan berlaku kekejangan kaki
  5. B-6 (pyridoxine) – Memainkan peranan besar dalam otak bayi dan perkembangan sistem saraf (nervous system)
  6. B-7 (biotin) – Proses hamil biasanya akan mengurangkan kadar biotin, jadi ibu hamil perlu tingkatkan kadar biotin dengan mengambil vitamin ini
  7. B-9 (folic acid) – Mengurangkan kadar kebarangkalian berlakunya kecacatan bayi
  8. B-12 (cobalamin) – Bantu dalam mengekalkan kesihatan tulang belakang ibu dan bayi dalam kandungan serta sistem saraf pusat (centra; nervous system)

But, doctors also believe that a vitamin B-12 supplement along with folic acid (which is found in prenatal vitamins) will not only help to prevent birth defects including spina bifida, but will fight defects that affect the spine and central nervous system. – http://www.healthline.com

Baca: Cara Atasi Alahan Semasa Mengandung

.

Apa Kelebihan Vitamin B Complex Shaklee Berbanding Yang lain?

Antara khasiat B Complex Shaklee yang ketara ialah, para Saintis Shaklee telah mencipta asid folik secara semulajadi yang pertama di dunia dengan kadar kebolehserapan (bioavailability) yang sangat tinggi dan berkualiti.

Ini kerana, asid folik yang semulajadi tidak mudah untuk diserap oleh tubuh, dan hampir 99% asid folik yang terdapat dalam pasaran bersifat sintetik.

B-complex Shaklee mengandungi 8 komponen penting vitamin B, termasuklah 100% biotin dan asid folik. Kesemua 8 komponen ini perlu ada pada vitamin B-complex untuk mendapatkan keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna.

Di samping itu, jaminan kualiti dan komitmen tinggi dari Shaklee bagi memastikan produk yang dihasilkan adalah selamat dari bahan bahaya serta berkualiti bagi memastikan ia berkesan untuk meningkatkan kesihatan pengguna.

Baca: Produk Shaklee Bahaya?

.

Kenapa Bila Makan Vitamin B Complex Shaklee Air Kencing Jadi Kuning

Warna kuning pada urin setelah pengambilan B-Complex Shaklee adalah normal. Ianya disebabkan oleh kandungan riboflavin (vitamin B2) yang menghasilkan warna kuning. Pastikan minum air yang mencukui (tidak kurang dari 2 liter) dan warna urin kembali normal.

Vitamin B adalah vitamin larut air, sebarang lebihan tidak akan disimpan sebaliknya disingkirkan melalui sistem pencernaan. Sebab tu kalau buang air kecil, urin akan kelihatan sangat kuning kalau kurang minum air

Jika kurang minum air , maka Vitamin B akan terbuang keluar dalam urin. Bila kita minum air yang cukup, maka segala manfaat vitamin B akan dibawa ke seluruh sel badan. Jadi tiada lah terbuang begitu sahaja.

.

Kenapa Selepas Makan B Complex Shaklee Saya Rasa Cepat Lapar?

Ada yang bertanya, Kenapa Bila Makan B Complex Shaklee terasa cepat lapar dan berat badan pun bertambah. Sebenarnya fungsi Vitamin B-Complex adalah kawal metabolisme karbohidrat, protein dan lemak dan tukar kepada makanan.

Makanan akan ditukarkan kepada tenaga. Jadi sebab tu mungkin anda cepat rasa lapar dan berkeinginan untuk makan.

Sebenarnya bila rasa lapar, anda dinasihatkan untuk minum air bukan makan makanan berat sampai kenyang. Jika teringin nak makan, pilih snek ringan yang berkhasiat atau makan buah-buahan.

Vitamin ni bersifat melengkapkan nutrisi dalam badan. Jika badan kita cukup nutrisi, B-Complex tidak memberi kesan kepada selera makan. Pengalaman saya sendiri, B-Complex tidak menggemukkan jika kita telah mencapai berat ideal. Jadi jangan bimbang untuk amalkan B-Complex setiap hari.

.

Betul ke B Complex Shaklee Boleh Hilangkan Stress?

Vitamin B-12 dan vitamin B yang lain memainkan peranan dalam menghasilkan bahan kimia dalam otak yang akan memberi kesan kepada Mood dan beberapa fungsi otak yang lain.

Sekiranya tahap B-12 dan vitamin B yang lain (seperti B-6 dan folate) rendah ia akan mengakibatkan depression ‘tekanan perasaan’. Kesan buruk kekurangan vitamin itu juga akan membawa kepada tidak selera makan atau kegagalan untuk tubuh menyerap vitamin yang dimakan.

Ini bermaksud Vitamin B Complex ini bukan hanya untuk ibu hamil, malah kepada semua orang. Ia sebagai keperluan nutrien harian.

b complex shaklee

Dapatkan Supplemen terbaik, lengkap, tiada bahan bahaya, anda boleh hubungi saya

Nur Bahijah Marzuki
: Pengedar Sah Shaklee (SID 1034684)
: 014.8281.356 (call,sms,whatsapp,telegram)
: emel: bahijahmarzuki@gmail.com
: https://pilihsihat.com/
: Facebook PilihSihat.Com 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *