Pengedar Shaklee Seremban dan Senawang COD & Kurier Seluruh Malaysia

Hi saya Ija, Pengedar Shaklee Seremban dan Senawang. Ija suka tinggal di Seremban dan Senawang. Makanan pun sedap-sedap. Nasi Lemak Stadium, Cendol Sikamat, Cendol Jiboi Songkok Tinggi, Imani Tomyam, Roti Nan Rahang, Ijan Burger dan banyak lagi.

Maaf ye kalau buat semua mengidam. Maklumkan tempat banyak makanan sedap. Tu asyik teringat je. Ok jom kita fokus pada produk Shaklee ye. Sebelum kita berkenalan saya nak share 5 Tips Penting Cara Pilih Supplemen Yang Terbaik. Jom tonton video animasi ini.

 

 

Dah tonton video di atas? Tentu dah faham apa ciri supplemen yang terbaik kan. Sebagai seorang Pengedar Shaklee Seremban dan Senawang yang Sah, tanggungjawab saya untuk consult customer saya supaya Supplemen yang diambil diguna / dimakan dengan betul dan efisyen. Ini penting beli supplemen dengan Pengedar Sah Shaklee seperti saya. Hehe

 

Kenali Pengedar Shaklee Seremban dan Senawang

Pengedar Shaklee Seremban dan Senawang

Nama sebenar Nur Bahijah Marzuki, asal Terengganu. Pernah menetap di Seremban dan Senawang. Sekarang tinggal dekat juga dengan Seremban dan Senawang. Boleh COD. Saya bahasakan diri dengan panggilan Ija ye.

Ija dulu belajar di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai, Negeri Sembilan. Nilai ni terkenal dengan Nilai 3, tempat shopping karpet, kain,tikar buluh dan lain-lain.

Seorang Ibu kepada seorang hero bernama Wan Faiq Ramadhan. Sekarang tengah pregnant baby kedua. Seorang surirumah yang bekerja dari rumah. Ye buat bisnes dari rumah sambil jaga anak-anak. Tu impian Ija.

Ada orang suka beli secara online melalui Pengedar Shaklee, ada yang senang terus beli di branch atau cawangan Shaklee atau COD dan Kurier. Ija suka COD sebab boleh jumpa dan borak-borak kalau sempat boleh tanya keperluan dan masalah dihadapi.

Produk Apa Yang Sangat Hot?

Produk Shaklee banyak yang hot. Demand tinggi disebabkan keberkesanan produk dan kandungan produk yang menakjubkan. Antara yang femes ialah Vivix Shaklee, ESP Shaklee, Vitamin C Shaklee, Ostematrix Shaklee dan Vita-lea Iron Formula dan lain-lain lagi.

Ija ada pengalaman handle pesakit Diabetes dan Vertigo. Lelaki kerja di Cyberjaya. Dia guna Vivix Shaklee untuk bantu kurangkan Diabetes dan Vertigo. Kisah pesakit itu nanti Ija tulis, tak sabar nak tulis.

Bagaimana Saya Bermula Dengan Shaklee?

Ija mula kenal produk Shaklee adalah disebabkan saya mengalami masalah kesihatan. Dulu saya ada masalah sakit belakang yang agak teruk disebabkan pernah terjatuh masa jungle tracking. Hampir sebulan berulang alik Klinik Kesihatan Senawang untuk fisioterapi.

Produk shaklee yang mula-mula saya guna ialah ESP dan Ostematrix. Ostematrix untuk redakan sakit belakang dan ESP untuk atasi masalah gastrik. Bila dah rasai sendiri perbezaan makan produk Shaklee esp ESP dan Ostematrix. Dah tak perlu ulang alik buat fisioterapi lagi, gastrik pun dan tiada.

Masa itu, saya rasa macam pentingkan diri sendiri pula sebab benda bermanfaat sorok-sorok sendiri. Mungkin ramai lagi di luar sana yang mengalami masalah seperti saya.

Dari situ la, rasa malu berkurangan. Saya mula berkongsi dengan orang lain, tentang kebaikan produk Shaklee. Sebab saya bukan menjual semata-mata, tapi berkongsi dalam masa sama bantu orang lain. Coaching oriented bukan selling oriented.

Untuk maklumat lanju berkenaan setiap produk shaklee, boleh klik link di bawah ini.

Senarai Produk Shaklee

 

Adakah Produk Shaklee Sama Dengan Produk Yang Lain? Baca 2 Jawapan Ini

#1 Produk Shaklee Terbukti Berkesan & Dibangunkan Dengan Kajian

Jika kita mahu tengok sesuatu produk itu bagus atau tidak. Biasanya kita akan tengok pada review, komen atau testimoni pelanggan kan?

Macam kita nak tengok hotel mana bagus, biasa tengok di ruangan review bawah portal Agoda atau Tivago kan. Hotel mana yang paling baik review. Sama macam produk, review yang betul akan tunjukkan keberkesanan produk. Tapi ingat jangan terpedaya dengan review yang rekaan.

Alhamdulillah banyak respon positif dari pelanggan Shaklee. Saya juga bermula dengan Shaklee melalui produk Shaklee iaitu ESP dan Ostematrix. Ini saya kongsikan testimoni / review daripada pelanggan Shaklee.

esp shaklee review
Testimoni Pengguna ESP Shaklee
vivix shaklee review
Testimoni Pengguna Vivix Shaklee
vivix shaklee review
Testimoni Pengguna Vivix Shaklee

Kualiti, keselamatan, dan keberkesanan produk Shaklee yang memang tak boleh sangkal lagi. Salah satu keistimewaan yang membezakan Shaklee dengan syarikat suplemen lain adalah adanya landmark study.

Landmark Study menunjukkan, sesiapa yang gunakan Shaklee dalam jangka masa 15 – 20 tahun, mempunyai tahap kesihatan yang lebih bagus dari mereka yang tidak guna.

Dan Landmark Study ini, dilakukan oleh 3rd party (elak conflict of interest), iaitu Prof Dr Gladys Block. Prof ni buat Landmark Dietary Supplement Study ke atas produk Shaklee.

Hasil daripada esearch tersebut,keputusan yang baik diperolehi. Shaklee adalah syarikat supplemen tunggal di DUNIA yang BERANI menyahut cabaran untuk melakukan Landmark Study ni (sebab Shaklee yakin dgn kualiti produk nya).

Untuk maklumat lanjut berkenaan Landmark Study boleh klik ini Shaklee’s Landmark Study

shaklee landmark study

kajian shaklee
Shaklee juga turut nyatakan komitmen Shaklee bagi pastikan kualiti terjamin dengan melakukan research terhadap produk mereka

.

#2 Pengedar Shaklee Sentiasa Tambah Ilmu Tentang Pemakanan Supaya Dapat Bantu Pelanggan

Yang ini menunjukkan Shaklee amalkan Caching Orientation bukan Selling Orientation. Utamakan keselesaan pelanggan dan apa yang pelanggan mahukan serta perlukan.

Melalui Shaklee ada banyak kelas, seminar, sharing tentang kesihatan. Yang datang bagi talk bukan calang-calang orang, semua adalah yang berautoriti dalam bidang Nutrisi.

Manakala dalam Seminar, Kelas, Sesi 1-1 Coaching, Discussion dalam group whatsapp, telegram dan facebook. Bincang tentang cara untuk tangani masalah kesihatan pelanggan. Menarik kan?

Pengedar Shaklee Seremban dan Senawang
Program Shaklee untuk topup ilmu berkaitan nutrisi

Bagi yang ingin dapatkan tips sihat iaitu berkenaan dengan masalah-masalah kesihatan dan cara untuk tanganinya boleh link di bawah. Saya kongsikan banyak petua, pengalaman dan cara untuk tangani masalah kesihatan.

Info Sihat

.

Dapatkan Vitamin dan Supplemen yang selamat serta berkesan, hubungi Pengedar Shaklee Seremban dan Senawang anda. Saya alukan segala perbincangan tentang kesihatan

Hubungi segara untuk dapatkan vitamin dan supplement terbaik dan selamat untuk anda dan keluarga anda.

Nur Bahijah Marzuki
: Pengedar Sah Shaklee (SID 1034684)
: 014.8281.356 (call,sms,whatsapp,telegram)
: emel: bahijahmarzuki@gmail.com
: https://pilihsihat.com
: Facebook PilihSihat.Com 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *