Cara Hilangkan Gastrik Set Gastrik Shaklee

Set Gastrik Shaklee Cara Hilangkan Gastrik Berkesan

Yang alami gastrik sahaja faham sakitnya bila gastrik datang. Paling teruk ia naik ke kepala. Habis semua kerja tergendala. Penangan gastrik.

Sebelum saya perkenalkan Set Gastrik Shaklee , saya nak kongsikan pengalaman saya alami masalah gastrik yang teruk sebelum ini.

Saya mula kena gastrik ni sejak sekolah rendah lagi, dan berlarutan ke sekolah menengah sehingga ke universiti.

Bulan Puasa adalah waktu yang sangat mencabar. Tersalah pilih makanan menyebabkan perut meragam, rasa pedih, senak kesannya esok dah tak dapat nak teruskan puasa.

Saya rasa majoriti setuju dengan saya, Gastrik ketika puasa adalah antara mimpi ngeri buat semua orang. Sakit kena gastrik masa puasa, makan pun bukanya selera sangat. Next month kena qadha balik.

Pengenalan Set Gastrik Shaklee

Di sini saya nak kongsikan secara ringkas beberapa produk Shaklee yang sangat sesuai dan berkesan untuk hilangkan gastrik dengan selamat dan cepat iaitu Set Gastrik Shaklee

Ia terdiri dari 3 produk yang utama iaitu

  • ESP
  • Peppermint
  • Ostematrix

Nanti selepas ini saya akan jelaskan apa fungsi set gastrik Shaklee serta manfaatnya.

Ubat Gastrik Bahaya : KKM Senaraikan 10 Yang Dipanggil Balik “Recall”

ubat gastrik bahaya kkm

Berita ini agak mengejutkan, sebab antara 10 ubat gastrik yang dipanggil balik (maksudnya ditarik balik) ada yang kenalan saya gunakan.

Maklumat ini saya ambil dari web Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Bin Abdullah bertarikh 30 Oktober 2019. 

Terdapat sepuluh (10) produk yang telah dipanggil balik disahkan mengandungi impuriti N-Nitrosodimethylamine (NDMA) melebihi had yang dibenarkan. Ubat-ubat tersebut ialah:

  1. Zantac Injection 50mg/2ml
  2. Zantac Syrup 150mg/10ml
  3. Zantac Tablet 150mg
  4. Hyzan Tablet 150mg
  5. Vesyca Film Coated Tablet 150mg
  6. Apo-Ranitidine 300mg Tablet
  7. Apo-Ranitidine 150mg Tablet
  8. Ranitic Tablet 150mg
  9. Pharmaniaga Ranitidine Tablet 150mg
  10. Pharmaniaga Ranitidine Tablet 300mg

Ranitidine adalah ubat yang digunakan untuk merawat pesakit yang mengalami pedih ulu hati dan ulser perut dengan cara mengurangkan kadar pengeluaran asid di dalam perut

NDMA merupakan salah satu impuriti daripada kumpulan nitrosamine yang biasa ditemui pada paras yang rendah, antaranya dalam makanan dan minuman tertentu, pencemar udara (air pollutant) dan hasil daripada proses pengilangan tertentu.

Berdasarkan International Agency for Research on Cancer (IARC), NDMA boleh meningkatkan risiko terjadinya kanser kepada pengguna dalam jangka masa panjang.

Saya Sakit Perut Tapi Tak Tahu Gastrik Atau Apa. So Apa Simptom Sakit Gastrik

cara hilangkan gastrik set gastrik shaklee

Merujuk kepada Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia, Gastrik antara masalah sangat lazim dan secara umumnya ia boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu gastritis (keradangan lapisan mukosa yang melapik dinding perut) dan ulser perut atau peptik pada lapisan sel yang lebih dalam (lebih teruk berbanding gastritis).

Biasanya apabila orang berkata mereka ada masalah gastrik, ia merujuk kepada keadaan pertama (gastritis).

Seperti yang kita tahu, penyakit Gastrik boleh merosakkan lapisan yang melindungi dinding perut kita. Selain itu, ia juga boleh memberikan kesan yang teruk kepada badan seseorang.

Gastrik adalah sakit dibahagian perut yang membuatkan anda tidak selesa.

5 Tanda-tanda Anda Diserang Gastrik

1. Kembung perut
Perut kembung disebabkan perut mengeluarkan asid penghadaman berlebihan.Kesannya berlaku kerosakan saraf di dinding perut di bahagian dalam.

Asid berlebihan tersebut akan melalui usus dan bertindak balas, membentuk gas atau angin dalam perut seterusnya menyebabkan usus menjadi tegang dan kembung.

2. Senak perut
Sakit perut pada bahagian atas perut (antara pusat dan tulang bawah dada) sama ada di bahagian tengah atau kiri dan boleh merebak ke belakang.

3. Pedih ulu hati
Pedih ulu hati merupakan satu keadaan yang mana kandungan asid dalam perut masuk semula ke dalam saluran pemakanan (esofagus) bersama-sama makanan yang dihadam.

Keadaan ini sering menyebabkan ketidakselesaan di bahagian bawah dada dan secara tidak langsung ia menyebabkan rasa seakan-akan terbakar di bahagian dada atau tekak.

4. Kerap muntah
Kerap muntah antara simptom gastrik yang mana isi muntahnya mungkin jernih, kuning, atau kehijauan, mengandungi darah . Ini bergantung pada tahap gastrik.

5. Badan berasa lemah dan lesu
Apabila sakit ini telah menyerang badan anda, secara automatik badan anda akan sentiasa lemah dan lesu kerana menahan sakit yang sememangnya membuatkan badan tidak selesa dan penat.

Siapa Yang Berisiko Diserang Sakit Gastrik?

Jom kita pergi lebih dalam sebab apa gastrik ini boleh menyerang seseorang adalah:

  1. Pengambilan makanan yang pedas – merangsang lebih banyak rembesan asid perut untuk tujuan mencernakannya di dalam perut
  2. Pengambilan makanan masam berlebihan- meningkatkan kesan asid terhadap dinding perur
  3. Pengambilan makanan yang berlemak,berkafein, bergas secara tidak terkawal
  4. Waktu makan tidak teratur – rembesan enzim dalam perut akan bertindak mengikut waktu makan yang ditetapkan
  5. Perokok/perokok pasif
  6. Pengambilan ubat tahan sakit seperti aspirin
  7. Pengambilan alkohol
  8. Stress yang melampau Dan tidak terkawal- apabila berada dalam keadaan stress, kebiasannya perut akan merembeskan asid yang banyak.

Oleh itu, setelah kita mengetahui simptom-simptom dan punca kepada gastrik, mudah untuk kita merawat penyakit ini supaya tidak bertambah teruk.

Yang paling penting, elakkan segala punca yang boleh menyebabkan anda diserang penyakit ini.

Cara Hilangkan Gastrik Petua dan Guna Set Gastrik Shaklee

Antara cara hilangkan gastrik selain daripada mengambil ubat gastrik, ialah dengan cara mengamalkan gaya hidup dan pemakanan yang sihat.

Pengalaman Ija, cara Ija kurangkan gastrik datang menyerang supaya Ija lebih tenang dan bebas bekerja setiap hari, antaranya ;

  • Mula amalkan cara permakanan yang sihat dan teratur
  • Makan on-time dan elakkan terlalu kerap makan makanan yang pedas dan masam
  • Ikhtiar lain , Ija konsisten ambil set gastrik Shaklee.

Fungsi dan Kebaikan Set Gastrik Shaklee Untuk Melegakan Gastrik

Cara Hilangkan Gastrik Set Gastrik Shaklee

Set Gastrik Shaklee seperti yang dinyatakan di bahagian pertama artikel ini iaitu terdiri daripada Antaranya ialah Energizing Soy Protein (ESP), Ostematrix dan Peppermint Ginger Plus.

esp shaklee

ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder with Vanilla Flavour

  • Merupakan sumber protein tumbuhan daripada soya
  • Asid amino ini membantu memulihkan kembali sel-sel dinding perut yang luka dan rosak disebabkan oleh hakisan asid hidroklorik (asid perut)
  • Dalam masa sama meneutralkan keasidan dalam perut kerana ia sumber protein yang bersifat alkali.

ostematrix shaklee

OsteMatrix

  • Supplemen lengkap yang mengandungi kalsium , magnesium dan vitamin D
  • Ia sangat membantu mengurangkan keasidan perut dengan cara meneutralkan asid yang memasuki esofagus yang menyebabkan kesan pedih ulu hati

Peppermint-Ginger Plus shaklee

Peppermint-Ginger Plus

  • Pengambilan halia sebagai makanan tambahan dapat membantu mengurangkan masalah sebu ,senak perut , dan menyingkirkan angin dalam badan.
  • Melegakan ketidakselesaan pada perut.

Alhamdulillah hasil konsisten dan disiplin ini, gastrik dah lama tak berulang menyerang. Untuk anda yang sedang mengalami masalah sama macam Ija, boleh contact Ija untuk bertanya lanjut berkaitan set gastik Shaklee.

Harga Set Gastrik Shaklee

Harga satu set gastrik Shaklee saya pecahkan kepada harga setiap produk, iaitu

  • ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder with Vanilla FlavourRM 161
  • OsteMatrix RM 61
  • Peppermint-Ginger Plus RM 47

Ada ke harga bajet set gastrik Shaklee? 

Alang-alang nak harga yang lebih bajet. Boleh dapatkan harga ahli dengan hanya bayar RM 35, anda dapat diskaun hampir 20% daripada harga asal. Ini antara kelebihan daftar ahli Shaklee, dapat harga lebih murah. 

Hubungi Saya Pengedar Shaklee

Untuk dapatkan konsultasi dan bimbingan cara makan dan guna produk Shaklee. Saya sedia bantu anda.

Hubungi saya

HP: 014-8281356

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *